b0r0i - View my recent photos on Flickriver

August 28, 2009

Keinsafan

"Mat, balik.dah masa nak buka puasa... " mak jerit dari dapur.


aku yang dengar pun terus laju berlari meninggalkan kawan-kawan aku yg tengah syok main gasing.petang tu aku rasa hepi sangat pasal aku dh pangkah gasing diorang.sampai kt tangga jer aku basuh kaki terus naik ke dapur.mak masak tepung pelita, kuih kegemaran aku. Mak memang best. setiap kali berbuka posa memang tak tinggal kuih ni.aku sayang mak.

" Hei, budak bertuah ni.pergi la mandi dulu.peluh-peluh, bau busuk nak terus makan.",kata mak.

aku cuam tersengih saja.aku terus capai tuala dan mandi ala-ala p-ramlee. tapi mak tau.aku kluar saja, dia suruh aku mandi lagi.dengan rasa malas, aku mandi semula.siap mandi dah bersiap aku turun ke dapur. mak dah sedia menunggu aku.

" Mat, baca doa berbuka." ujar mak.

aku membaca dan mak menjadi tukang amin doa aku. camtu le selalunya setiap petang.aku dan mak tinggal 2 beranak jer. ayah xtau ke mana dia hilang. mak cakap, sejak aku berumur 1 bulan, ayah keluar dari rumah dan tidak pernah balik sejak hari itu. walaupun mak tak tunjuk, aku tau mak sedih setiap kali tiba hari raya. orang lain beraya dengan keluarga, kami hanya 2 beranak saja.

siap berbuka, mak menyuruh aku bersiap untuk ke surau.aku dengar bunyi azan jer, terus aku pegi ke surau. tapi malam tu. pak imam baca surah panjang pulak.aku dh menguap kat belakang.dalam hati aku biler la nk abis nie. aku tak tunggu lama.abis jer lapan aku terus balik.seminggu lagi aku nk periksa UPSR. aku merupakan antara calon harapan untuk mendapat 5A.walaupun bukan untuk sekolah, aku berusaha untuk mak aku. aku kesian melihat dia. aku berazam untuk mengubah nasib keluarga kami selain membalas jasa mak selama ini.

sampai rumah aku lihat mak tengah menjahit baju.mungkin baju raya untuk tahun ini. tahun ini, agak senang sedikit.ramai orang yang menempah baju dengan mak. mungkin aku dapat merasa baju baru tahun ini.tapi aku x kisah. aku tau kami bukan orang senang. sekadar cukup makan je. aku tak kisah pun kalau pakai baju lama. aku lihat mak tekun menjahit baju.

" mak, bersabar ye. mat berjanji akan mengubah nasib kita". kata aku dalam hati.

aku menyambung ulangkaji.buku yang cikgu din hadiahkan telah banyak kali aku buat.cikgu din banyak memberi perangsang untuk aku. banyak sudah jasa dia pada aku. kerana dia aku berubah.aku teringat lagi,dulu aku antara murid yang nakal di sekolah. kalau tak kerana aku mencalarka kereta dia, x mungkin aku menjadi begini.

aku ingat lagi. pagi tu, aku kena marah kerana tidak menyiapka kerja sekolah yang di beri...

---- bersambung ek... jgn mare

1 comment:

aitotyati said...

wah abang sudah rajin tulis cerpen. keep it up!!!