*gambar sekadar hiasan

aku pun x sangka bley dpt baby hamster. aku agak2 jer umur hamster aku. by time aku beli dlm 2 bulan lbey... dlm masa sebulan dh cukup matang...

actually, satu mlm tu, aku x sengaja nampak deme tgh berseronok... ehehhe

aku jangkakan 2-3 mgu lepas... rupenyer aku tercepat kira... aku pun x perasan sebenornya... period last, budak aku ckp, " cikgu ada anak dia ek ?" aku ckp x tau.. lepas tu derang ckp lagi.. "btul cikgu, ader kecik warna merah ". ehh biar betul bebudak nie.. aku pun cek.rupanya betul.. tp aku npk sekor jer... ermm biasanya 4-5 ekor sekali kuar... xperla.. br first time kut... aku cek kt sekitar cage, x npk plak yg lain... rasanya mmg sekor kut...

kalo ikut lecturer ajor, kitaran biang dia dtg masa umur dlm 2 bulan lbey.. actually lepas 3 minggu dia lahir dh bley lahirkan baby hammie, tp tgk pada cara korg jaga laa...

masa biang dia, 4-5 hari sekali. kalo kena time tue dia mengawan, korg kena tgu dalam masa 19-21 hari or 3 mgu ler lbey kurg...

lepas 3 mgu tue, anytime dia akan give birth.. masa nie, korg kena tukar bedding.bagi yang selesa. aku br tukar hr jumaat aritu.. agak time cuti tue kut dia deliver...

orait sambung balik... lepas dia deliver... jgn kaco sgt dlm masa 21 hari or 3 mgu lbey kurg.kurangkan gangguan.kalo nk tukar bedding pun, tukar part yg kotor jer... takut nt korg brg stress pd mak dia.n biler dia stress dia akan makan anak dia. sebab pd dia, krg tu predator.. lebih baik anak dia mati kt mulut dia sendiri dr mati kg tgn korg... ahahahha

kalo korg nk tengok, pegang dgn sudu.jgn pegang dgn tgn.coz, kalo tertinggal bau korg pd badan anak dia, dia akan abandon her baby... n the worst dia akan makan baby nie...

lepas 8 minggu, biasa nya dia akan matang n kalo korg x asing jantan ngan betina, akan terjadi in-breed. lagi satu, kalo dpt asing kan bapak dia, asingkan terus... sebab lepas 5 hari give birth, hok tino nie, dh bley mengawan.... so agak x baik utk body dia... aku terus asingkan tadi hok jantan n tino... eehehhe

okey... tue ler serba sedikit citer pasal hamster nie.stakat yg aku tau leeer...

hehehe mlm nie kena rebus telur, sok kena bg mok dia makan... ehehehe kena cari sayur lebey sket....

okey... tu jer lar citer aku utk hari nie... ahahhah

dh berabuk pun blog aku nie.... so basicaly aku nk citer kenapa nk melabur/menyimpan dalam unit amanah, Unit Trust....

korg bley rujuk post aku yg terdahulu pasal UT nie....

link 1

link 2

okey....

antara kelebihan dalam unit trust ialah...

kepelbagaian: ini bermaksud, duit yang dilaburkan akan di pecah2 kan ke banyak portfolio termasuk stoks, bon, sekuriti, money market dan pelbagai lagi dibawah pengurusan fund manager. dengan cara ni, dpt mengurangkan risiko dan pulangan akan diperolehi pada risiko yang minima.

pengurusan yang profesional: dana aset akan di uruskan oleh pengurus dana (fund manager) profesional yang berpengalaman. pelaburan di buat based on extensive research, market analisa, dan pemerhatian yang terperinci dalam ekonomi.

kecairan: bermaksud pelabur boleh kluarkan semula wang yg dilaburkan dlm tempoh 10 hari waktu berkerja. tiada cas akan dikenakan bagi setiap pengeluaran.

senang: transaksi yang mudah untuk membeli dan menjual semula unit amanah. pelabur akan di update kan info mengenai pelaburan melalui interim report dan laporan tahunan.

3 bentuk keuntungan: capital gain, bonus, dan dividend. capital gain ialah peningkatan harga unit. bonus pula akan diberikan dalam bentuk penambahan unit dalam pelaburan, dan dividend ialah keuntungan yang diperolehi dlm tempoh pelaburan tahunan.

itu.. part 1 dalam citer aku pasal UT nie... lepas ni akan datang lagi... kalo korg berminat nk tau lebih detail n apa peluang yg boley korg dapat... boley kontek aku...

pergh... ingatkan main2jer dulu... ghuper nyer betul... skali cek paypal aku dpt USD 5.... ahahahha


aper lagi... ahahaha

pergh..unik beb nama nie...

berita lanjut klik sini

jgn korg x tau, aku ler antara 114,732 penduduk yg menetap di kawasan ni. ingat dulu xder apa-apa. rupernyer betul. so skang nie, officially alamat aku ...... 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka.

FYI, Hang Tuah Jaya ni di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ( MPHTJ ) yang merupakan majlis perbandaran keempet di Melaka dan yg ke-147 di negara ini. Memepunyai keluasan 14.293 hektar yang meliputi 24 peratus kawasan daerah Alor Gajah, 36 peratus kawasan daerah Jasin dan 40 peratus kawasan daerah Melaka Tengah.

kalo ikut maklumat ia akan menjadi antara bandar raya pintar. maybe. sebab kalo korg lepak kat sekitar kawasan MITC tue, first thing korg dpt coverage internet di bawah MITCH.bley kata pejabat petadbiran negeri sumer dh berpindah ke sini. so, makin mudah ler utk aku berurusan.kalo dulu masa kt tgh bandar, mak aih... walaupun dekat.... tp nk sampai jer amik masa 1/2 jam.

so, semoga tempat aku duk semakin makmur n aman sentiasa, amin.....

hari ni meeting pengurusan yang pertama. rata-rata kebanyakan sekolah akan mengadakan mesyuarat pad minggu ini. untuk sekolah rendah macam aku, keje kami mmg banyak.especially pabila budak baru akan masuk, tahun 1.

saban tahun akan kedengaran pelbagai cetusan rasa pasal YURAN SEKOLAH yg x seberapa ini. adakah anda semua tahu, sekolah bukannyer tempat mengumpul duit. segelintir ibu bapa akan berasa seolah-olah sekolah hendak makan duit mereka. berapalah sangat yuran sekolah rendah yang hendak di bayar kalu dibandingkan dengan duit ASTRO n ROKOK yang perlu dikeluarkan dan sanggup mereka ini bayar.

tahun ini, jumlah minimum yuran yang telah ditetapkan ialah sebanyak RM24.50. apalah sangat yang dapat dilakukan oleh sekolah dengan duit sebanyak itu. sebagai contoh aku letak sekolah aku sebanyak RM 30.50

1. duit ko-kurikulum RM 3.00
( dengan duit ini lah nak buat camping, lawatan, aktiviti uniform, persatuan, sukan )

2. kertas ujian dalaman RM 8.00
( nk wat ujian bulanan, pertengahan dan akhir tahun, nk beli kertas n toner mesin reso )

3. sukan tahunan sekolah RM 8.00
( nk wat sukan tahunan. nk beli makanan, minuman utk budak, persediaan sukan dll )

4. kegiatan pendidikan islam / pendidikan moral
( nk wat amali n aktiviti pendidikan islam, aktiviti pendidikan moral )

5. skim perlindugnan diri RM 1.50
(macam insuran kelompok )

6. MSSM RM2.00
( aktiviti sukan MSSM )

korang kira ler, berbaloi ker dgn jumlah sebanyak tue nk wat berbagai aktiviti. x kira lagi kebanyakan bajet tahun ini kena potong.silap haribulan nanti, bil api n air sekolah pun cikgu plak yang kena bayar.

tue pun ada yang bising. banyakker ???? lepas ni rokok naik rega sekotak jadi RM 6.50 or letak jer RM 7.00. ada yang sanggup beli. kata ler seminggu dalam 5 kotak.sebulan xker 20 kotak. kalo darab dengan RM 7.... xker jadi RM 140 tue...???

ASTRO pun paling kurang RM 45.00 tue yang basic ler... rata-rata sumer dh ada astro. lebih lagi AF dh nk mula dh nie... x kira lagi dengan duit SMS nanti yg habis sebab nk undi....

so... masih berkira lagi ker nk bayar yuran sekolah anak ????

tue pun ada plak saranan supaya yuran bley wat ansuran selama 10 bulan... so 30 bahagi dengan 10, sebulan rm3. ek ele.... kalo sumer org wat camnie.... camner sekolah nk wat macam2.... ???

lama-lama kang xyah amik ujian, xyah wat sukan, xyah wat aktiviti ko-q sebab duit dh xder. nk harap ker PIBG ???? bp byk sekolah yg PIBG nyer mampu ??? kalo bandar maybe bley lar... yg duk kt luar bandar ???? camner plak ????

so, korg pk ler sendiri....


sengaja mencuba nasib... first time pung masuk contest yg sahabat-sahabat blog anjur nie....

terima ler gambo yg x seberapa di bawah nie.



byk gambo yg aku nk masukkan... tp aku rasa yg nie ler yg baik. tema gambo nie, kesedihan....

adios

yg nie hasil hantaran member-member aku kt FB.

-----

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

------

bley jadi giler gamaknyer kalo betul ada budak camnie...