August 28, 2009

Keinsafan

"Mat, balik.dah masa nak buka puasa... " mak jerit dari dapur.

aku yang dengar pun terus laju berlari meninggalkan kawan-kawan aku yg tengah syok main gasing.petang tu aku rasa hepi sangat pasal aku dh pangkah gasing diorang.sampai kt tangga jer aku basuh kaki terus naik ke dapur.mak masak tepung pelita, kuih kegemaran aku. Mak memang best. setiap kali berbuka posa memang tak tinggal kuih ni.aku sayang mak.

" Hei, budak bertuah ni.pergi la mandi dulu.peluh-peluh, bau busuk nak terus makan.",kata mak.

aku cuam tersengih saja.aku terus capai tuala dan mandi ala-ala p-ramlee. tapi mak tau.aku kluar saja, dia suruh aku mandi lagi.dengan rasa malas, aku mandi semula.siap mandi dah bersiap aku turun ke dapur. mak dah sedia menunggu aku.

" Mat, baca doa berbuka." ujar mak.

aku membaca dan mak menjadi tukang amin doa aku. camtu le selalunya setiap petang.aku dan mak tinggal 2 beranak jer. ayah xtau ke mana dia hilang. mak cakap, sejak aku berumur 1 bulan, ayah keluar dari rumah dan tidak pernah balik sejak hari itu. walaupun mak tak tunjuk, aku tau mak sedih setiap kali tiba hari raya. orang lain beraya dengan keluarga, kami hanya 2 beranak saja.

siap berbuka, mak menyuruh aku bersiap untuk ke surau.aku dengar bunyi azan jer, terus aku pegi ke surau. tapi malam tu. pak imam baca surah panjang pulak.aku dh menguap kat belakang.dalam hati aku biler la nk abis nie. aku tak tunggu lama.abis jer lapan aku terus balik.seminggu lagi aku nk periksa UPSR. aku merupakan antara calon harapan untuk mendapat 5A.walaupun bukan untuk sekolah, aku berusaha untuk mak aku. aku kesian melihat dia. aku berazam untuk mengubah nasib keluarga kami selain membalas jasa mak selama ini.

sampai rumah aku lihat mak tengah menjahit baju.mungkin baju raya untuk tahun ini. tahun ini, agak senang sedikit.ramai orang yang menempah baju dengan mak. mungkin aku dapat merasa baju baru tahun ini.tapi aku x kisah. aku tau kami bukan orang senang. sekadar cukup makan je. aku tak kisah pun kalau pakai baju lama. aku lihat mak tekun menjahit baju.

" mak, bersabar ye. mat berjanji akan mengubah nasib kita". kata aku dalam hati.

aku menyambung ulangkaji.buku yang cikgu din hadiahkan telah banyak kali aku buat.cikgu din banyak memberi perangsang untuk aku. banyak sudah jasa dia pada aku. kerana dia aku berubah.aku teringat lagi,dulu aku antara murid yang nakal di sekolah. kalau tak kerana aku mencalarka kereta dia, x mungkin aku menjadi begini.

aku ingat lagi. pagi tu, aku kena marah kerana tidak menyiapka kerja sekolah yang di beri...

---- bersambung ek... jgn mare

Read more...

August 25, 2009

aku bukan superman

lagu ni agak catchy n menarik.... frist time dengar mcm biasa jer.... tp best....

Lucky Laki – Superman

reff:
aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat
harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

tapi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis

repeat reff

ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu air mata itu
adalah tanda kelemahan

tapi ternyata air mataku
ternyata jatuh juga

repeat reff

ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
masih belum bisa menjadi seperti
apa yang ayah selalu mau

kita berjanji ’tuk tidak lagi
menangis karena cinta

repeat reff [3x]



Read more...

August 24, 2009

Rahmat Ramadhan dan Sains di sebaliknya...

yg ni merupakan sisipan yg aku dapat dari salah satu blog yang agak menarik .... bos, aku pinjam ek artikel ini... ibnuibrahim

_______

Secara fitrahnya manusia memerlukan kepada puasa

“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit, kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.” (Dr. Mac Fedan – Ahli Perubatan Antarabangsa)

Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelas kepada kita bahawa secara fitrahnya manusia sangat memerlukan suatu jangka masa untuk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.

Ramadhan yang panas terik
Ramadhan daripada perkataan ‘ramadho’ yang membawa maksud panas yang terik. Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat.

Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama tersebut, semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala dosa yang telah dilakukan oleh orang yang berpuasa.

Kelebihan bulan Ramadhan:
1. Bulan untuk berpuasa



2. Al-Quran diturunkan
Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhamad SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira’.

3. Bulan kemenangan
Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.

Satu lagi peristiwa agung berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.

4. Penuh dengan keberkatan
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka'.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan.

5. Bulan penghapus dosa
Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu.” (HR Bukhari Muslim)

6. Bulan tarbiyah
Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hambaNya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba menjadi insan yang soleh dengan istiqamah menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.

7. Malam Lailatul qadar
Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.

8. Bulan taqwa
Dengan melakukan amalan yang dianjurkan dilakukan pada bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus al-quran dan solat tarawikh Allah SWT akan mengurniakan taqwa kepada hambaNya.

Kenapa perlu berbuka dengan kurma?

Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.

Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci."(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)

Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.

Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.

Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.

Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.

Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.

Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.

_______________

tima kahis ibnuibrahim....

Read more...

August 22, 2009

Kisah Terawih

macam biasa setiap kali ramadhan tiba, pengisian yang paling penting tentulah solat terawih. citer pasal solt terawih ni macam2 versi ada. solat 8+3 atau 20 + 3. setiap tahun mesti ada yg berdebat pasal nie. pagi tadi tgh tgu waktu imsak, aku buka le alkuliyyah. dalam tue, ustaz tu cakap.. xkira berapa rakaat, fadhilatnya tetap sama. buat 8 or 20, pahalanyer tetap sama.coz dua2 tu yg dianjurkan oleh junjungan besar nabi Muhammad S.A.W n paa sahabat. so harap dh xder la debat lagi pasal jumlah rakaat nie.

masa aku sekolah dulu, masa terawih kt surau imam baca surah lazim.sakarang nie sesetengah masjid suka mengambil hafiz quran menjadi imam n mereka ni sering membaca alquran. targetnyer satu malam habis satu juzuk untuk 20 rakaat terawih. pada aku ia x menjadi masalah. bukan semua masjdi n surau mengmabil pendekatan seperti ini.ia menggalakkan. kdg2 tu ada sesetengah org bersungut, ia akan menjadi lama.pada aku, kalo xnak berdiri lama cari ler surau yang wat surah lazim. setiap orang berbeza.masing-masing ada kerja sendiri.kalau dia lapang x salah kalo nk ikut sekali kt masjid yg baca satu juzuk satu malam.kalau x mampu janganla ikut. ukur kemampuan sendiri.jangan lak nk mengata kt belakang.dtg masjid/surau nk wat pahala, tp dpt dosa plak.

ckp pasal dosa n pahala nie, mlm tadi aku pegi ler masjid.fuhh... org mmg ramai.dasat tu mlm pertama.tp lelama nanti dh tgl sket.sibuk kt tempat lain plak. ok balik kt citer nie... ader sesetengah manusia ni suka mengambil jalan mudah.tempat parking punyer le luas... tp suka ler parking kt bahu jalan yg mmg dh sempit.camner org nk lalu??? bley fikir x ??? bukan awak sorg jer yg bawa kereta... ramai lagi... so faham2 laa... nie yg kata... dtg masjid nk buat amal, buat pahala... tp dpt dosa... dosa org ngutuk tuan punyer keta yg x sedar diri.... ngan dosa tuan punyer keta yg nyusahkan org lain...

nie satu lagi hal... dtg masjid bw anak kecik... memang baik bawa anak ke masjid. terap nilai murni dalm diri mereka. tp patut ker... ???? awak dh ler bawa anak... pastu solat lak kt saf depan nun.... anak sendiri tinggal kt belakang... so logik ler apa yg derng akan wat ??? dh kata pun budak kecik... of course la... dia akan main, kacau orang lain, wat bising... aper cite nie ??? kalo awak dh bawa anak kecik, awk duk ler saf belakang... dengan anak awak... jaga anak tue... jgn sampai dia kacau org lain... jgn duk sibuk nk pi saf depan... kalau xnak duk dgn anak kt belakang, jgn bw dia dtg... kalau yg jenis reti duk diam x kacau org xper... awak sendiri tau perangai anak awak camner... nanti kalo ckp xpandai jaga anak, awak marah... btul tak ???

tu jer la citer tuk mlm pertama posa nie...

adios... selamat meneruskan posa...

Read more...

August 20, 2009

Pasal H1N1 Lagi

yg nie mel terbaru yg aku dpt... asalnyer forward-memforward la nie...

yg ni plak srg dr.dia kata dia ada tulis buku...

sket snap....

DISCLAIMER:

The contents of the above mail / ‘article’, based on my personal research thinking, written without any prejudice, form a reply to one of my patient’s / friend’s inquiry. I am sending copies of this to my friends with a view to letting them know some useful information. This does NOT form a suggestion for the treatment of any kind of OR any one’s health problems. I have no objection if my friends wish to forward this to THEIR friends, provided they include this disclaimer along with my copyright protection while forwarding. If this ‘article’ has reached you unsolicited, and if you do not wish to receive such mails in future, kindly inform me or your forwarder so that it can be avoided in future. With thanks, Dr. ******, Ph.D., Pioneering Founder of Ecological Healing System, a Complementary Medicine.

Basic information for the prevention of H1N1 disease:

(a) The following information I have written in my book on "Human Diseases" should prove very useful:

p.187: Immunity against virus diseases.

p.141: Common Cold.

p.171: German Measles

p.232. Shingles

p.246. Virus Diseases.

p. 115: Body Heat or Heaty Body.

p.35. Table-1: Diseases that may develop in relation to acidity.

All the above are very much relevant to H1N1 disease. They would only take very little time to read.

(b) Besides the above, the following should prove useful as well:

* Boys should avoid dry masturbation (Girls almost never do, and therefore, I have not mentioned). (Seual urnions are certainly harmless for both genders).

* Keeping awake late-nights is not very good. Likewise, over-working (far too much of working until your body is totally exhausted) is not good. Starving without eating food is not good for this disease. Strenuous exercises are not good, as it would make the body acidic.

* Avoid consuming ACID foods, fruits and drinks. Examples of this: buah kundang, rambai, macang, mango, duku langsat, rambutan (a few ok), mangosteen (very few, ok), durian (not too much), green belimbing used for cooking (sweet buah belimbing, ok), strongly sourish Durian Belanda (sour sop) (sweet sour-sop, ok), sour plums, Roselle drink, Assam Jawa drink (using Assam Jawa for cooking, ok), (oranges, pomelo and lemons are ok, since they contain plenty of potassium), sour pineapple (a little of sweet pineapple, ok), China-imported tit-bits that taste sour: e.g., sourkana, sour orange skin, sour lemon skin, sour ginger, sour-tasting Bayam (pulicha keerai, in Tamil), etc., Generally rice and rice-based foods are good. All those bottled drinks that may contain citric acid (or any other acid or preservatives) should be avoided. Foods cooked 2 or 3 days ago (i.e., old food), if not sterilised properly) should not be eaten as well. This is especially true if the curry contains dhor dhall, kacang hijau (green gram), kacang tanah (groundnut), etc. Must avoid eating chocolates, ALL forms of nuts including groundnuts, pistachio, almond, etc. should not be eaten in large quantities / frequently (A few added to foods can be eaten).

* Better to eat: dragon fruit, sweet apples, honey melon, water melon, pears, bananas, cucumber, onions, pumpkin, grey 'pumpkin' (Poosanikkai, in Tamil), loofa (Peerkangai in Tamil), Drinking coconut water (and its meat) on alternate days (during day time and not by night) is good. Coconut water can be taken daily if one is travelling around, or is enggaged in strenuous physical work.

*The fruits of Sea Coconut (Borassus flaberllifers) is EXCELLENT if a person has already contracted the disease. It will give immediate cure. Now, it is available in supermarkets in canned forms: they call it Sea Coconut, imported from Thailand or Singapore : white syrup or gula Melaka preparation: both are OK. (Uninfected people can also eat this for prevention: dosage: just 2 or 3 pieces only in the mornings on alternate days, until the hot season changes.

* If infected, one should bathe 3 or 4 times a day in cool tap water. (Hot water is bad).

* Once infected, the person should eat RICE and rice-based foods, and should avoid high protein diet, chicken, soybean (all kinds), oily foods, Wheat items are not good. Powdered milk, papaya and other acid fruits mentioned above should be avoided altogether.

IMPORTANT NOTE: All the above should NOT be continued forever. Do all the above only for a month or so, until the HOT season changes. After that, should eat ALL things in moderation.


Dr *******************

nama dia aku blank atas reason keselamatan....



Read more...

August 17, 2009

Salam Ramadhan al Mubarak


tinta bicara tiada makna,
kad pengganti pemanis bicara,
ramadhan bakal menjelang tiba,
teguhkan niat dan iman di dada...

Read more...

August 16, 2009

Bestari transform to Peugeot

gambo ni dh lama ada... x sempat nk up jer... wife aku beli set emblem singa... so aku ler yg jd tukang pasang... nie antara proses yg aku wat...

gambo dr blakang... npk logo naza bestari


pd tayar pun ada logo naza


yg ni dr depan... logo naza gak


first, kena cabut dulu klip cover kt hood depan


tarik jer... jd camnie


biler dh terbuka, buka skru kt blkg logo naza tu


biler skru dh buka, sabut logo tue.skru jgn buang. nt nk pake balik


ganti logo naza, dgn kepala singa nie.pergh...


ni cover cap kt tayar.cabut jer yg lama.pasang yg baru.


yg kt blakang lak... korg kena tarik slow-slow.... pastu gam tu gosok ngan tangan


biler dh gosok sumer... akan jadi kilat cam ni


apa lagi, tampal ler dgn singan tue...


complete proses

pergh.. jenuh gak nk wat.. .tp suemr bley dibuat dlm masa kurang dr 1 jam.




Read more...

MAHA

sajer jer layan MAHA kt air keroh.kebetulan dia wat kt melaka.ader sat section yg menarik perhatian aku. aku dh janji nk up gambo akuarium.. so nie la dia... yg budk sekolah buat... satu malaysia...


Read more...

August 14, 2009

Tong Racun

ari nie, aku g skolah lepas cuti seminggu. bukan apa. sebab nk cuci kelas jer. isnin ni akan bersekolah seperti biasa. kitorg kena cuci dgn dettol. guru besar aku tunjuk satu botol pathol. besar gak. krog nak tau sembur pakai apa. paka penyembur racun yg sangkut kt belakang tue. dasat beb. kreatif GB aku nie. kalo skolah lain derang pake spray air yg biasa wat pakai utk seterika baju jer.so korg byg ler, bp byk nk tekan paka penyermbur yg kecik tue. pakai yg besar nie, sekali pam... sreessss...... banyak yg kuar. huhu...

aku sampan tgk mbr aku tgh sembur bengkel aku. pastu aku g opis... ada surt dr SPP, suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. surat tawaran perlantikan ke perkhidmatan tetap. mean nk confirm ler. wakakak.... akhirnya... dh separuh jalan... nk kena wat medical cekup, akuan sumpah, akujanji... huhu... tp xper... aku dh setel sket ptg td. tgl jumpa dr balik 20hb nie.

so, sambung citer pasal spray pathol nie... mbr aku dh sakit belakang dia.so apa lagi.... aku menyambung bakti... aku amik tong tue... isi penuh balik... dia nyer berat... fuh... giler beb... aku angkat p sembur kelas, makmal sains, library, blk tayang n empat tumpuan murid. abis dgn baju aku skali bau pathol. nsb bau dia mcm dettol.kira ok la...

balik tghari... wife aku nk mkn kfc. layan... petang g spital anto dia p fisio, aku p wat medical cekup. setel keje... teringin lak nk p tgk melaka planetarium.... katanya yg terbesar di malaysia n asia.gah tue... tp bile masuk ampes... ruang mmg besar... tp dia x pandai gunakan sebaik-baiknyer... rugi ruang betul... korg pegi sendiri ler tengok... pastu mmg wajib setiap planetarium mmg ada tanyangan angkasa. kira ni yg ketiga la aku masuk, memula kt KL, lepas tu al-khawarizmi n latest yg nie.

kuar jer kitorg p layan lak MAHA kt MITC. thun ni melaka tuan rumah. not bad... tp aku lebih tertarik pada ruang pameran ikan perhiasan. budak2 sekolah buat. mmg cantik.. nt aku try upload gambo.... geram aku tgk....

ok.. abih citer pasal tong racun ari nie... adios

Read more...

August 12, 2009

BIrokrasi ke Tu....????

sajer jer nk tulis pasal isu nie. aku rasa bukan aku sorang jer... maybe ada lagi yg terkena... but apa-apahal pun... terima jer la... xtau ler ini ker birokrasi... ???

aku x niat nk malukan sesiapa... so kalo ada yg baca ni terasa.. firstly aku minta maaf bebanyak dulu...

first incident...

aku mmg pegi hospital wat cekup every 4-6 month. utk wat cek nie... biasanya... aku kena wat blod test.... bukan sebarang blood test.... tp spesel sket... dr memul kena, mmg dia suh wat kt private pasal kt GH xder servis nie. so aku pun pasrah ler... dhler skali test abih dekat 300. apa nk buat... kesihatan nyer pasal. lepas tue dia ckp ler as government servant, aku leh claim. biler dgr tue... berseri le sket muka aku.

so sebelum pegi yg next nyer appointment aku pun survey ler apa prosedur kena ikut and borg apa kena isi sumer. rupernyer aku leh claim mileage n bill treatment. okay.... no hal.. selagi bley claim, claim.hak aku... so pagi tu, aku pun pegi ler jumpa dr. lepas sembang2 dgn dia... aku pun pas ler borg tue kt dia... biler dia tgk jer borg tue, dia tanyer nk claim ker... off course la kan... dia diam... lepas tue dia ckp... yg sebenarnyer bill ni xleh claim,pasal servis tue ada kt HKL. aku pun tergezut ler... last time kata xder. lepas tue dia tambah lagi... tetapi... nk dapatkan satu result kena tgu sampai 3-4 bulan... itu pun x masuk kalo result or blood td lost. what the **** plak... mean kalo aku nk wat kt HKL tue, aku kena amik darah 3 bln awal. camner nk tau kesan ubat dlm 1 bulan jer ??? kalo apptmt aku bln 12, aku kena wat blood test bulan 8, padahal bulan 7 aku baru jumpa dr.and br makan ubat.... pastu dia sambung lagi... nk xnak terpaksa la gak wat kt private yg hanya memakan masa 3-4 hari. ****, ampes..... apahal nie.... dia pun xtau nk ckp apa lagi... decision atas tgn aku. tp kalo amik awal mmg xguna. so nak xnak... aku terpaksa gak amik kat private. abih, nk tgu kesan ubat... kalo x camner nk tau .... faham x situasi nie.....

servis ada kt HKL, tp kena tgu sampai 4 bulan. KENAPA.. ??? nk x nak aku terpksa buat kt Gribbles. dgn kos rm 300.00. aku yg keje 300 tue besar wei... korg bayangkan ler kalo yg xkeje.. mana nk cekau ???

incident 2

macam aku citer dlm last entry. jumaat aku demam. lepas tue jumaat malam aku panas, berpeluh.siangnyer elok.mlm sabtu panas lagi.... ahad ok.mlm tu panas sket... biler dh 3 malam suhu badan naik. offcourse la risau x... mana tau.. tibi ker, denggi ker... so pagi isnin tue aku pun decide pegi poliklinik. aku harap dpt wat blood test ker ok gak.just to making sure aku x apa2. time aku pegi tue dah almost lunch time.org pun dh kurg. sajer aku pilih time tue. org tak ramai. xyah tgu lama. sampai jer jumpa dr... aku pun citer ler pada dia. aku citer ler aku nyer concern sumer. minta ler dgn dia kut dapat wat blood test tuk denggi ker... h1n1 ker... tp jawapan dia sgt mengecewakan. dia x dpt bg aku sebab xder simptom.come on laaa.. panasa waktu malam tue bukan simptom ker... lagi tgh time kronik ni dgn denggi n h1n1. pastu bley dia kata... ada proof x suhu aku tuk mlm tue... mmg ler xder pasal x pk nk amik pun.besides termometer digital aku ilang. just base pd reason tue... dia kata xder apa2. very.. cold... aku dpt paracetamol jer. yg makannyer wife aku sebab dia plak yg demam. camnie ker servis... bengkek tul aku. petang tu gak aku cr termometer kt guardian.rega 13 rgt jer.

advise aku, kalo bdn korrg panas n nk p klinik kerajaan, amik suhu siap2.mana tau nanti dia minta proof plak kan....

skang aku dh normal balik.opefully dh x sakit lagi... still 2 incident ni berbekas dlm hati aku...

Read more...

August 9, 2009

Posting 100-th

ahaah... sampai gak posting yg ke 100. aku sajer jer bukak site fotopages aku... dh lama aku x update.. so aku mengambil untuk mendeletekan situs itu. sebab aku dh ada flickr...

ghupernyer... aku x upload lagi gambo time g cameron dulu. aku dh edit... masuk dlm blog jer... so aku dh update situs flickr aku... korg bley click pd badge kt atas nun...

adios... ni jer utk posting aku yg ke 100...

Read more...

August 8, 2009

Demam lagi

aku mc lagi semalam. tgh rehat, sekolah tepon lak.dai ckp sekolah tutup pasal 100 org bdk x dtg sekolah. so aku dpt cuti seminggu. yg ralatnyer.... lepas teu sekolah seminggu lepas tue cuti balik seminggu.cuti pertengahan penggal.

aku mencari simptom-simptom H1N1. pastu jupa plak ministry helath nyer wsite. kalo nk kata... simptom teu hampir sama dgn aku... tp aku minta ler supaya di jauhkan. g klinik pun dr kata demam biasa jer... ya Allah... bagi ler aku kekuatan...

-----

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan


Read more...

August 6, 2009

H1N1

ari ni sekolah aku ada 40 org budak x dtg.sebab demam. n melaka antara negeri yg agak hebat dr segi rekod H1N1 nie. td KOR Kesihatan unit komando dtg sekolah wat saringan. ada lebih 20 org budak demam. sekolah akan ditutup bile lebih dr 60 org budak demam or sakit. yg suspek x tau ler bp rame.

esok lak xtau bp ramai yg x dtg. trial upsr br jer abis. tue pun ada gak bdk yg amik xm demam. riso...riso...

ader budak wat lawak plak tadi...

'cikgu saya x sakt h1n1, saya sakit b1n1'

korg tgk x 1 tu mcm huruf aper ? macam i kan... jadi apa perkataan tue... bini. ampes btul...

key ar... aku sign off dulu.. kalo sekolah aku cuti.. nt aku inform... tp xtau ler.. pasal rame gak komando yg demam... huhu.. derang lagi lasak... pun demam gak

Read more...

August 2, 2009

Multilevel Marketing Plan Vs Pyramid Scheme

aku sebanarnya dh lama nak tulis pasal yopik nie,cume masa xder kesempatan. recently biler aku sendiri di panggil utk sesi review mende nie... tergerak nk tulis balik pasal aktiviti nie.

jgn x percaya, aku dh terdedah dgn MLM nie since aku form 5 kalo x salah. that time my father la... aku tgk dia ada wat mcm2 utk earn more income. tiem tu mana tau pasal bende ni sumer... mlm nie sebenarnyer marketing plan utk pasarkan produk. senang citer konsep nyer mudah jer. let say aku dpt kerja untuk menanam pokok. satu pokok yg aku tanam bley dpt upah rm 1.00 kalo nk bua sengsorg sampai biler bley tahan.so aku pun upah org lain dgn 50 sen satu pokok.aku still untung 50 sen. org tu pulak dia akan upah orang lain lagi.lama, org yg wat keje sumer dpat upah atas angin jer.

utk produk lak... contoh aku kena beli satu produk rega 50. dlm 50 tue dh siap calculate sumer komisyen utk upline aku.then aku pun di minta utk jual produk nie sambil rekrut baru. kalo jual jer, dpt komisyen jual jer.tp kalo rekrut org baru dpt lagi komisyen utk rekrut.dia jual barang plak, aku dpt lagi komisyen. n benda ini akan berterusan. tp jgn lupa, mlm nie, kalo silap sket... akan jadi piramid skim. piramid skim akan terjadi biler org atas akan terus menerima komisyen hasil kerja org bawah tanpa limit. so be carefull...

ok, camner nk elak diri dari terjebak dgn mlm yg kita x suka.utk yg selalu kene, korg perasan tak... biasanya anda berseorangan sahaja.sedangkan org yg datang tue, sampai 3-4 org.dari mula lagi dh rasa pressure. tp anda ada kuasa untuk mengatakan TAK NAK.biarla dia kata apa pun.anda berhak untuk pulang ke rumah, memikirkan dahulu tawaran yang diberi dan membuat sedikit kajian tentang company tue. sometimes, all the products yg dioffer mmg bagus. BUT, if from the start they keep stressing about the plan.. WATCH OUT. mereka nie nk jual plan sebab nk kejar komsyen bukan nk market produk.... so, ingatler kalo mereka asyik ckp pasal komisyen jer... produk sket sangat....

so, rerajin ler wat research dulu dlm internet sebelum mengambil tindakan.biar lambat sedikit tetapi untung kemudian.

ada banyak jenis mlm plan. rerajin ler carik maklumat... kt bawah nie ada sket list untuk rujukan..

http://en.wikipedia.org/wiki/Multi-level_marketing
http://www.vandruff.com/mlm.html
http://www.zaharuddin.net/content/view/222/95/

http://www.ftc.gov/bcp/edu/pubs/consumer/invest/inv12.shtm
http://en.wikipedia.org/wiki/Pyramid_scheme

adios

Read more...