May 26, 2011

Selamat Hari Guru :: Terima Kasih Cikgu

repost..

yg ni sebenarnyer assignment aku masa KPLI dulu... lecturer suh wat something cerpen, surat or laporan... ghupernyer aku sorg jer dlm kelas yg wat cerpen... ahaha bahasa maybe tunggang langang pasal aku bukan kaki menulis... sajer try test.... layan ek... pernah post sekitar 2008 dulu... sempena nk tutup bulan hari guru nie, aku post balik utk sumer cikgu n pada diri aku sendiri yg telah menjadi cikgu....

______________________________________________________________________

sajer aku post balik...

____________________________________________________

“ Piaappp… Piaappp… Piaappp…” tiga sebatan aku terima pagi itu sebagai hadiah kerana membocorkan tayar Cikgu Osman, guru kelas aku. Dalam pada itu aku cuba untuk tersenyum kelat. Walaupun sakit, aku tidak akan menunjukkan rasa sakit tersebut di hadapan Cikgu Samad, guru disiplin sekolah aku. Kalau aku tunjukkan sakit, maka itu akan menunjukkan aku kalah. Aku lihat, wajah Cikgu Osman agak sugul. Adakah kerana tayar keretanya bocor atau sedih melihat aku di rotan, aku tidak peduli. Di sekolah, aku memang seorang murid yang nakal. Aku geram kerana Cikgu Osman sering menghukum aku di dalam kelas. Petang semalam aku nekad mengambil paku dan terus membocorkan tayar keretanya.
Perlahan-lahan Cikgu Osman menggamit aku dan membawa aku ke kantin setelah Cikgu Samad pergi dengan membawa ‘tongkat hikmat’nya. Aku cuba untuk memprotes tetapi aku tidak tahu bagaimana aku boleh membuka langkah dan terus mengikut dia terus ke kantin. Dia memesan air milo untukku.
“ Macam mana dia boleh tahu air milo kegemaranku ?, Ah, kebetulan agaknya ! ” bisik hatiku. Sesampai sahaja air milo, aku terus minum dengan cepat. Niat aku, untuk terus beredar setelah selesai minum.
“ Man, mengapa Man jadi begini. Cikgu kenal Man daripada darjah satu lagi. Dulu Man tidaklah nakal begini.” Ujar Cikgu Osman memecah kesunyian. Aku terhenti dari terus minum. Air masih berbaki sedikit lagi.
“ Cikgu tahu bapa Man telah meninggal dunia. Emak Man menoreh getah untuk menampung hidup sekeluarga. Adik-adik Man kecil lagi. Man tidak kasihankah pada emak Man, tiap-tiap pagi bangun awal, menoreh getah untuk mencari sesuap nasi. Cari makan untuk Man dan adik-adik ?” Ucap Cikgu Osman. Aku masih diam, membisu seribu bahasa.
Kemudian, Cikgu Osman menyambung lagi, “ Cikgu tahu, Man budak pandai. Cuba Man bayangkan, kalau ayah Man masih hidup dan dia lihat Man jadi begini. Agak-agak Man, bagaimana agaknya perasaan dia ? ”. Aku terus diam. Perlahan-lahan, air mata aku bergenang, tetapi aku cuba untuk menahan air mata aku daripada gugur. Aku tidak mahu nampak tewas di hadapan cikgu yang aku benci selama ini. Aku memang sayang pada ayah aku. Aku tidak sempat untuk bermanja lama dengan dia. Tuhan lebih sayangkan dia. Sekiranya sesiapa menyebut pasal ayahku, aku memang tidak dapat menahan sedih.
“ Man kan anak sulung. Menjadi harapan setiap keluarga untuk anak sulung mereka menjadi tunggak dan contoh untuk adik-adik yang lain ”. Aku terus senyap. Aku terbayang-bayang emak menyembah hampir 400 batang pokok getah setiap hari. Aku teringat pada adik-adikku di rumah yang bermain di parit setiap kali aku balik dari sekolah. Mak tidak tahu yang aku menjadi nakal di sekolah. Di rumah akulah yang paling baik. Macam mana agaknya perasaan mak, kalau dia tahu aku mejadi begini.
“ Man, periksa kan tahun ini ? ”, tanya Cikgu Osman. Aku menggangguk perlahan sebagai tanda respon setelah lama aku membisu.
“ Kalau Man ada masalah, cikgu akan tolong. Yuran periksa Man, cikgu bayarkan, anggap sahaja itu sebagai pertolongan cikgu yang kecil. Selepas sekolah, setiap hari cikgu akan bagi tuisyen pada Man, dengan syarat Man kena belajar bersungguh-sungguh, boleh ?” ujar Cikgu Osman lagi. Aku mengganguk perlahan. Aku terharu kerana cikgu yang aku benci selama ini rupa-rupanya cukup menyayangi aku, malah sanggup menolong aku. Aku memang tidak mampu untuk membayar yuran periksa. Pada aku, biarlah aku berhenti sekolah dan menolong ibuku sahaja. Kini aku tewas dengan Cikgu Osman. Aku tidak mampu menahan air mata lagi. Ia terus gugur ke bumi. Perlahan-lahan aku ucapkan, “ Terima kasih, cikgu. Saya minta maaf kerana menyusahkan cikgu selama ini. ”.Cikgu Osman mengangguk dan terus senyum kepadaku.
Mulai saat itu, aku telah berubah sikap daripada murid yang paling nakal kepada murid yang paling rajin. Semua cikgu disekolah terkejut dengan perubahan itu. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang memandang sinis. Aku tidak peduli semua itu, pengorbanan emak dan Cikgu Osman tidak akan aku persiakan. Sebagaimana yang telah aku janji, setiap petang selepas sekolah aku membuat kelas tambahan dengan Cikgu Osman. Aku memasang tekad untuk menebus segala pengorbanan cikgu dan emakku.
Setelah keputusan UPSR diumumkan, aku menjadi bahan bualan. Keputusanku merupakan yangterbaik di sekolah, malah di daerah aku juga. Ini semua berkat doa emak dan Cikgu Osman. Aku terus menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Pesan dan amanat Cikgu Osman aku terus pegang dan aku semat di dalam dada aku. Aku menjadi pelajar cemerlang PMR dan SPM. Aku terus menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Aku memasang tekad untuk membantu orang ramai seperti Cikgu Osman yang telah banyak membantuku.
“ Abah, mengapa abah menangis ?”, satu suara kecil memecah keheningan dan lamunan aku. Aku menoleh dan melihat anakku sedang tersenyum.
“ Jom kita balik, abah pun dah lama di sini ”, ajakku. Lalu aku pimpin tangan anakku, keluar dari kawasan tanah perkuburan. Aku tinggalkan kubur arwah Cikgu Osman, emak dan ayahku. Sebelum aku beredar, aku berpusing menghadap kawasan kubur mereka dan berkata,
“ Terima kasih, cikgu. Terima kasih, emak. Terima kasih ayah ”.
Cikgu Osman telah meninggal dunia kerana penyakit kanser. Aku tidak sempat untuk membantu dia. Ketika aku selesai pengajian dan berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran, aku baru mendapat tahu yang Cikgu Osman telah pun di masukkan ke hospital. Aku cuba untuk membantunya tetapi aku telah terlambat. Penyakit kansernya sudah di peringkat akhir. Aku hanya sempat berjumpa dengannya dan berkata “ Cikgu, saya minta cikgu halalkan ilmu cikgu, dunia dan akhirat. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan saya lupa sampai bila-bila.”. Cikgu Osman hanya mampu tersenyum dan mengganguk melihat aku. Seorangpun tidak menyangka, murid yang di label paling nakal di sekolah dulu, kini telah berjaya menjadi seorang doktor. Aku berjanji akan membantu orang ramai yang memerlukan khidmatku, sebagai ganti jasa Cikgu Osman kepadaku. 

____________________________________________________________

amacam ??? bley masuk contest x ??? ahahhaha

Read more...

Nikong Contest

jom like photo aku....

http://d5100.nikon-asia.com/en/submissions/29008

Read more...

May 25, 2011

WP baru.... meh dload....

wallpaper baru utk korg....




kali ni ada 2 versi jer... sebab gambo ni lebor...

saiz 1280 x 720 : klik sini
saiz 1366 x 768 : klik sini



Read more...

May 2, 2011

Ubuntu : Vbox - part II

kali ni sambungan last entry.part 1 aku citer camner nk setting vbox.yg ni aku citer camner nk install plak...
mcm biasa, make sure korg ada ISO utk ubuntu nie.xkira version bp.. sama jer.

1. kalo dh burn ke CD. step yg ni bley ignore. kogr letak cd dlm tray, n start jer.tp kalo blum burn, klik tk setting, pilih location iso file tadi.

2. klik pd start.


3. selepas beberapa saat, akan kuar display mcm kt bawah.klik pd install ubuntu.
 

4. next, korg akan npk 2 kotak kt bawah tu untick.depend pd connection internet korg.kalo laju, bley le tick pd kotak download update while isntalling.kalo x abaikan jer.klik forward.

5. next dia akan tanya nk isntall ktner.amik yg first option.sebab korg install pd vbox, so xyah risau pasal partition.dia akan amik size yg korg dh set dulu.klik forward.

6. cek balik, betul x saiz partition.then, klik install now.

7. pilih location.kita kt malaysia, pick KL.klik forward.

8.pilih keyboard.default jer.klik forward.

9. pilih nama.username auto ikut nama,nk ubah pun bley.password jgn lupa letak.WAJIB.then korg bley pilih, nk login auto or kena input password.sebab vbox dlm windows.aku amik auto pasal, aku bley on bebile jer.malas nk input pswd.tp terpulang pd korg.

10.so, skarang sit back n relax.tgu sampai dia abis install.

11. biler dh siap, akan kuar display nie.

12. log masuk ke akaun korg.

well done... dh siap install ubuntu pd vbox korg. hope this one bley tolong korg install.lepas ni xkira distro apa korg pake, step sama mcm kt atas.follow jer... very simple...

p.s make sure sambungan ke internet stabil n okay... sebab maybe dia akan amik some patch dr internet ms install...

adios...



Read more...

May 1, 2011

Ubuntu : Vbox - part 1

kali ni sengaja wat entry pasal OSS or open source software. salah satu alternatif yg aku nk perkenalkan ialah linux.
dlm keluarga linux ada byk version or distro. n kat sini aku nk perkenalkan Ubuntu. Ubuntu ni actually dh lama ada n skang dh masuk ver. 11.
ok ader byk cara nk install ubuntu ni.
1. singleboot : pc / laptop korg mainly pake ubuntu n no windows.
2. dual boot : laptop / pc korg bley pilih nk login ke ubuntu or windows.
3. virtual : dlm windows korg ada ubuntu n single boot jer.

kali ni aku nk citer pasal cara ketiga.maybe rame yg suka cara nie. tp b4 that, korg kena tahu pc/laptop korg mesti ada space n ram yg besar.sbb bile kita run vbox, dia akan menggunakan separuh drpd ram or kita bley set dia pake byk mana,so, aku cdg min ram ialah 1gb ke atas. ok jom kita tgk camner nk buat.

1. first korg kena ada virtual machine. aku suggest guna virtual box, drpd oracle.yg ni OSS gak. bley dload dari sini...
2. then install virtual box.
3. dload iso untuk ubuntu dari sini. kalo rasa laptop korg bkn high end, bley guna xubuntu.dload dari sini.xubuntu sama gak mcm ubuntu, cume dlm versi yg lbey ringan.
4. selesai dload, korg bley burn iso tu ke cd or just biar dlm hdisk korg.aku prefer biar dlm hdisk sebab masa read nt lbey laju.
5. now, utk virtual box.klik new mcm gambo kt bawah.


6.follow instruction.

7. set nama "ubuntu".pilihan OS : linux. Version : ubuntu.

8.set berapa besar saiz ram.default 512 mb.bley pilih saiz lain.aku set 1gb.

9.then create virtual hdisk.amik new hdisk.

10.next.

11.pilih fix storage.size ni akan fix.

12.by default dia akan pick 8gb.kalo nk besar lagi, terpulang.

13.dia akan kuar summary

14.next dia akan proses.
 15. bile dh siap virtual disk.br korg leh install ubuntu. kalo korg x burn kt cd, proses ni penting.g kt setting.klik gambo cd kt sebelah cd/dvd tue.dia akan minta ktner korg letak iso td.pilih iso td and make sure fle tu bertick.tujuan dia, bley korg start vbox nie, dia akan baca virtual cd korg dulu.

16. bile dh ok sumer, br korg klik pd start button, n follow instruction install ubuntu.

senang kan???  cr nk install mesti korg tau kan...

okay... adios... selamat mencuba

Read more...