b0r0i - View my recent photos on Flickriver

February 1, 2010

Kenapa melabur dalam unit amanah....

dh berabuk pun blog aku nie.... so basicaly aku nk citer kenapa nk melabur/menyimpan dalam unit amanah, Unit Trust....

korg bley rujuk post aku yg terdahulu pasal UT nie....

link 1

link 2

okey....

antara kelebihan dalam unit trust ialah...

kepelbagaian: ini bermaksud, duit yang dilaburkan akan di pecah2 kan ke banyak portfolio termasuk stoks, bon, sekuriti, money market dan pelbagai lagi dibawah pengurusan fund manager. dengan cara ni, dpt mengurangkan risiko dan pulangan akan diperolehi pada risiko yang minima.

pengurusan yang profesional: dana aset akan di uruskan oleh pengurus dana (fund manager) profesional yang berpengalaman. pelaburan di buat based on extensive research, market analisa, dan pemerhatian yang terperinci dalam ekonomi.

kecairan: bermaksud pelabur boleh kluarkan semula wang yg dilaburkan dlm tempoh 10 hari waktu berkerja. tiada cas akan dikenakan bagi setiap pengeluaran.

senang: transaksi yang mudah untuk membeli dan menjual semula unit amanah. pelabur akan di update kan info mengenai pelaburan melalui interim report dan laporan tahunan.

3 bentuk keuntungan: capital gain, bonus, dan dividend. capital gain ialah peningkatan harga unit. bonus pula akan diberikan dalam bentuk penambahan unit dalam pelaburan, dan dividend ialah keuntungan yang diperolehi dlm tempoh pelaburan tahunan.

itu.. part 1 dalam citer aku pasal UT nie... lepas ni akan datang lagi... kalo korg berminat nk tau lebih detail n apa peluang yg boley korg dapat... boley kontek aku...

1 comment:

aimighazali said...

ok..sy nak jadi jutawan ye..