b0r0i - View my recent photos on Flickriver

June 3, 2009

Homamade Pizza

ari nie wife aku try wat pizza. n guess what... menjadik beb... sini aku perturunkan resepi n cara... yg aku dpt dr satu site lain... http://www.myresipi.com


Bahan-bahan ( loyang 11" )

  • ** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
  • ** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula
  • ** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara

  1. ** Untuk doh pizza **
  2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
  9. Gambar sos pizza
  10. Keju pizza kat sini
  11. ** Untuk sos pizza **
  12. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

terpulang pada anda untuk mengubah resepi ini mengikut citarasa....

yg kt bawah nie plak.. sedikit gambar proses....





6 comments:

aitotyati said...

yey!!! pizza 2nd attempt dh siap.. mari kite dinner lak!!!

Cik Naa. said...

uitsss. hantar sini lah pulak~
nak rase.

lutfi_7 said...

sini pon kne hntar gak!!
nak2!1

aitotyati said...

sape2 nk pizza sila berada di umah taman raya pada 7jun09 krn penghantaran akan dibuat dr umah depan masjid prt baru. freshly bake from the oven. yummy!!!

norulqalbi said...

nmpk sedapPnyer!!!~~~

chaque said...

adoyai..teros lapo aku tgk pizza ko nie kak....cam best...heheh