b0r0i - View my recent photos on Flickriver

December 31, 2009

Sekolah vs AF

hari ni meeting pengurusan yang pertama. rata-rata kebanyakan sekolah akan mengadakan mesyuarat pad minggu ini. untuk sekolah rendah macam aku, keje kami mmg banyak.especially pabila budak baru akan masuk, tahun 1.

saban tahun akan kedengaran pelbagai cetusan rasa pasal YURAN SEKOLAH yg x seberapa ini. adakah anda semua tahu, sekolah bukannyer tempat mengumpul duit. segelintir ibu bapa akan berasa seolah-olah sekolah hendak makan duit mereka. berapalah sangat yuran sekolah rendah yang hendak di bayar kalu dibandingkan dengan duit ASTRO n ROKOK yang perlu dikeluarkan dan sanggup mereka ini bayar.

tahun ini, jumlah minimum yuran yang telah ditetapkan ialah sebanyak RM24.50. apalah sangat yang dapat dilakukan oleh sekolah dengan duit sebanyak itu. sebagai contoh aku letak sekolah aku sebanyak RM 30.50

1. duit ko-kurikulum RM 3.00
( dengan duit ini lah nak buat camping, lawatan, aktiviti uniform, persatuan, sukan )

2. kertas ujian dalaman RM 8.00
( nk wat ujian bulanan, pertengahan dan akhir tahun, nk beli kertas n toner mesin reso )

3. sukan tahunan sekolah RM 8.00
( nk wat sukan tahunan. nk beli makanan, minuman utk budak, persediaan sukan dll )

4. kegiatan pendidikan islam / pendidikan moral
( nk wat amali n aktiviti pendidikan islam, aktiviti pendidikan moral )

5. skim perlindugnan diri RM 1.50
(macam insuran kelompok )

6. MSSM RM2.00
( aktiviti sukan MSSM )

korang kira ler, berbaloi ker dgn jumlah sebanyak tue nk wat berbagai aktiviti. x kira lagi kebanyakan bajet tahun ini kena potong.silap haribulan nanti, bil api n air sekolah pun cikgu plak yang kena bayar.

tue pun ada yang bising. banyakker ???? lepas ni rokok naik rega sekotak jadi RM 6.50 or letak jer RM 7.00. ada yang sanggup beli. kata ler seminggu dalam 5 kotak.sebulan xker 20 kotak. kalo darab dengan RM 7.... xker jadi RM 140 tue...???

ASTRO pun paling kurang RM 45.00 tue yang basic ler... rata-rata sumer dh ada astro. lebih lagi AF dh nk mula dh nie... x kira lagi dengan duit SMS nanti yg habis sebab nk undi....

so... masih berkira lagi ker nk bayar yuran sekolah anak ????

tue pun ada plak saranan supaya yuran bley wat ansuran selama 10 bulan... so 30 bahagi dengan 10, sebulan rm3. ek ele.... kalo sumer org wat camnie.... camner sekolah nk wat macam2.... ???

lama-lama kang xyah amik ujian, xyah wat sukan, xyah wat aktiviti ko-q sebab duit dh xder. nk harap ker PIBG ???? bp byk sekolah yg PIBG nyer mampu ??? kalo bandar maybe bley lar... yg duk kt luar bandar ???? camner plak ????

so, korg pk ler sendiri....

No comments: