b0r0i - View my recent photos on Flickriver

June 21, 2009

Raja buah


kali ni nk citer pasal raja buah lak. kalo ckp raja buah, sumer mesto terbayang buah durian.puas aku cari dia punyer kandungan nutrisi, dpt ler gak...

Nutrisi, Nilai per 100 gram porsi makanan

Air, 64.99 g
Energi, 147 kcal
Energi, 615 kj
Protein, 1.47 g
Total Lemak, 5.33 g
Karbohidrat, 27.09 g
Serat, 3.8 g
Ampas, 1.12 g

Mineral

Kalsium, Ca, 6 mg
Besi, Fe, 0.43 mg
Magnesium, Mg, 30 mg
Phospor, P, 38 mg
Potassium, K, 436 mg
Sodium, Na, 1 mg
Seng, Zn, 0.28 mg
Tembaga, Cu, 0.207 mg
Mangan, Mn, 0.324 mg

Vitamin

Vitamin C, asam ascorbic, 19.7 mg
Thiamin, 0.374 mg
Riboflavin, 0.2 mg
Niacin, 1.074 mg
Asam Pantothenic, 0.23 mg
Vitamin B-6, 0.316 mg
Vitamin B-12, 0 mcg
Vitamin A, 45 IU
Vitamin A, RE, 5 mcg_RE

tu dier kandungannya... aku carik gak naper kalo makan durian rasa panas... tp x jumpa lagi... n ikut petua org2 tua, lepas makan minum air mati dalam kulit/pamhsa dia... bley sejukkan badan... yg terbaru plak aku dgr... minum air badak.. huhu... wat ever la...

sebenornyer... ari nie wife aku masak patin tempoyak... pergh... sodap beb... y kelakonyer... kitorg pegi jj last week beli isi durian kampung... sambil kitorang makan, kitorang asingkan isinyer masuk dlm botol wat tempoyak... huhu kalo aku kecik2 dulu, opah aku rajin wat tempoyak... time tue arwah atuk aku ada tanam pokok... kadang time dia buah kami cucu2 dia tak balik sebab bukan cuti sekolah, so drpd membazir baik jadikan tempoyak... kata mak aku, patin masak tempoyak nie dulu masakan org kampung jer, xder nilai komersil pun, tp skang... pergh... femes beb... sampaikan temerloh dipanggil bandar ikan patin n x sah kalo korg pegi sana x rasa patin masak tempoyak...

citer pasal durian,aku teringat time skolah dulu... kt balakng maktab kitorg ada dusun durian... mula2 kalo npk apek tu lalu sebelah pagar angkut durian, kami tahan jer... lelama kitorg siap fly lagi ke dusun semata-mata nk makan durian... apek tue dh standby kt pondok dia dgn plastik... apa lagi kitorg pun bimbit ler... kongsi duit 4-5 orang... bawa p kelas... pastu kopek dengan pembaris besi.... sampai bengkok pembaris tue... wakakak.... dh lama tue... biler pengetua tau, dia siap borong dengn buah manggis n rambutan. kitorg diblanjer makan pulut durian time dinner... perg.... slurrp... sedap beb... makan kt skolah aku mmg best... dgn nasi ayam, asikrim, western pun ada.... huhu

skang ni plak durian dh xder musim lagi.... bley kata sepanjang masa ada... maybe sebab cuaca kita pun dh x tentu skang...

okay aku nk sambung makan patin tempoyak... huhu...



Read more...

June 20, 2009

Menyimpan @ Melabur

aku nk simpan duit....

aku nk labur duit....

yg mana satu aku nk wat nie... ???

well, the answer is simpan dengan unit trust or amanah saham.... kenapa aku kata simpan bukan invest... biler kt invest or melabur... org jadik takut.... bile kt simpan... dia ok sket...

actually. mmg simpan pun yg sebenarnyer... nk bukak akaun dengan public mutual at least kena ada 1k, pastu bulan2 min 100.... x simpan ker namanya tue... dgn UT nie... bley dpt return sehingga... 10-15% and best time depend pada situas ekonomi bley cecah sampai 20%....

if simpan dalam bank biasa hanya dpt sket jer....

kalau xder cash money, bley guna epf... most of your hard earn money akan ke epf, yg mana return hanya dlm 7-8% jer.... better letak dlm instrumen yg dpt bagi return tinggi. ada 2 akaun dlm epf, akaun 1 n akaun 2. akaun 1 mainly di guna untuk investment and akaun 2 untuk education n rumah. if plan nk beli umah, jgn risau dlm akaun 2 x diusik...

korg tgk table kt atas... cek umur berapa n berapa jumlah akaun 1, cth....

let say umur 25 thn, dlm akaun satu ada 30 ribu.... so,

30,000.00 - 9,000.00 = 21,000.00

dr jumlah 21,000.00 hanya 20% saje diperlukan... so

20% drpd 21,000.00 = 4200.00

jumlah untuk pengeluaran yang dibenarkan ialah RM 4,200.00

senang jer... tgu lagi 3 bulan untuk buat pengeluaran lagi....

so tgu apa lagi.....

adios

Read more...

June 18, 2009

Financial Freedom... HOW ???

biler tgk tajuk nie...mesti ramai yg nak tau camner ek....

ok, step yg paling senang ialah investment... tp camner...???

paling mudah ialah saham amanah or unit trust... ada 2 jenis UT , kerajaan or private... kerajaan diuruskan oleh PNB, n private ada byk company mcm... public mutual, cimb wealth advisor, maybank UT, hong leong, hwang dbs and so on...

since, i'm a unit trust consultant... let me explain a bit...

unit trust or saham amanah merupakan a pool of money yang dikumpulkan daripada investor or pelabur. duit ini akan dilaburkan ke beberapa instrumen seperti stock market, money market, bond and property mengikut portion yang telah di tetapkan. so the chances utk lost itu adalah rendah kerana ada bermacam-macam tempat yg dilaburkan... semua pelaburan diuruskan oleh pemegang amanah....

yg kt bawah ni merupakan beberapa action orang kita biler diceritakan tentang investment... biar aku jawab satu persatu...

1. first come in mind... stock market...
not 100% true... memang betul ada yang dilaburkan di stock market, tp xkesemuanya... dalam unit trust... anda mendapat unit bukan lot/share.

2. aku xder duit la nk invest....
jangan risau, anda boleh melabur menggunakan EPF dengan pulangan yang lumayan... sehingga 18% setahun.

3. bley untung ker... ekonomi kn tgh merundum nie... lagi nk suh aku membuang duit melabur... rugi wooo....
jgn salah faham. anda melabur pada unit bukan lot. dan ia merupakan pelaburan jangka panjang, bukan pendek.
cth : anda labur RM 1000 pd harga RM 1 seunit, anda mendapat 1000 unit. jika RM 1000 juga pada harga RM 0.50, anda mendapat 2000 unit.kan unit tu dah bertambah lebih 1000 unit.

4. aku dh invest.. tp skang price drop plak... rugi la aku kalo nk buat lagi...
anda silap, jika anda tambah pelaburan pada harga rendah, anda mendapat lebih unit. ini ada dinyatakan pada prinsip dollar/ringgit cost averaging.

5. kt mana dia invest tue.. halal ker... ( for muslim... )
jangan risau, untuk dana islam, ia dilabur ke instrumen yang halal dan ada panel shariah yang sentiasa memantau pelaburan ini.

6. aku nk beli umah pake epf... kalo aku labur, camner aku nk beli umah plak...
pelaburan hanya menggunakan akaun 1 sedangkan rumah drpd akaun 2, jadi x timbul soalan mengenai x dpt nk beli umah. itupun x semua amaun dalam akaun 1 digunakan untuk pelaburan, hanya 20% dar jumlah yang telah ditetapkan. ini maybe akan aku terangkan lebih detail bab lain.

so bagaimana, anda dh dpt idea tentang unit trust nie... sorry to say... peratusan org melayu yg melabur dlm UT ni amatlah sedikit bila di bandingkan dengan kaum cina. ramai yang masih tidak dapat memahami konsep sebenar UT.

so, camner plak dengan melabur dlm UT bley jadik financial freedom ???

UT ni macam anda menyimpan dalam tabung.adakah anda tahu inflasi semakin naik... kalau dulu dengan 10 sen, anda dapat beli 3 or 4 gula2.tp skang ??? hanya satu sahaja... adakah sebab harga barang naik ??? itulah inflasi... kuasa membeli pengguna yang semakin naik menyebabkan harga barang turut meningkat naik...

ok meh tgk di bawah...

Fix deposit = 2 -3 %
EPF = 7- 8 %
ASB = 7 - 9 %
simpanan = 2 -3 %

inflasi plak dlm average 5 -6 %... cuba anda tolak dengan figure di atas.... jgn marah yer... ada yg negatif....

jika anda simpan dlm UT, insyallah setahun anda peroleh dalam 10 - 20 %. so masih ada banyak lagi baki... itulah financial freedom. anda tidak mempunyai masalah dengan kuasa membeli.

simpan RM 100,000.00 seolah-olah RM 50,000.00 dalam masa 10 tahun...

so anda sudah faham.... bertindaklah sekarang... hubungi saya untuk mendengar dengan lebih lanjut lagi...

salam pelaburan....


Read more...

June 16, 2009

Adakah perlu memanaskan enjin waktu pagi ?

sajer jer dpt dr mel aku... so pepadai ler korg tafsir... kete memasing...

______________________________________________________________

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.

Read more...

June 14, 2009

El Nino Story

Last week tgk berita kt umah mentua pasal el nino.di jangkakan kali panas dan kering sampai bulan 9, mean tahun ni puasa nampaknya dalam keadaan panas la ek... tp alhamdulillah, malam tadi hujan plak. sejuk la sket.

teringat aku masa skolah dulu. form 4 or 5 aku x bp ingat dah. time tu kt mrsmbp.masa tue fenomena el nino tengah melanda. kena plak duk kt pulau... aduyai... berganda-ganda la panasnyer... nasib baik keliling maktab hutan rimba... sejuk la sket... actually kt belakang maktab aku dusun durian... yg tu pun ada citer gak... tp lenkali la ek... kali ni pasal el nino...

of couse la duk kt hostel kan... bayangkan ler... satu blok satu batch... budak plak almost 100+... jgn pelik ek, time tue satu batch budak lelaki sumer aku tau namanya... tp skang dh ingat2 lupa... pasal senior suh hafal sumer nama masa oreintasi... huhu... pepagi air ada... pasal malam dia isi tangki... tp biler petang... abis... time tue sumer aktiviti game petang x diwajibkan... pasal nanti xmandi... air xder... jadik mandom la kejap...

so memula kitorg belasah air tangki dpn blok... tadah dengan baldi pastu jirus... memang klako la time tue... bile dh abis.. kitorg mencari alternatif... kebetulan ada pili bomba, tp ikut nasib... kadang air x kuar... lepas tu habis sumer bertempiaran ke keliling maktab mencari air... mula masuk tandas blok akademik, blok makmal, pendek kata, di mana ada tandas kt situ la ada kami... kalo memula tandas busuk....ehhehe trus jadik wangi dengan bau sabun... pasal sumer dh mandi dlm tandas... ader gak yg xkish pasal mandi, yg penting isi perut kena buang... pergh... mmg azab time tue... ada yg lagi hebat... kebetulan dalam dusun blakang skolah tue... ada anak sungai... kecik jer. xbesar pun... apa lagi... pukul 5 jer mula memasing bawa tuala nk p mandi kt sana... ada yg lebih semangat lagi, derang p panjat bukit mencari air... kira time ni sumer org fly... tp bukan fly ke bandar... fly pasal nk mandi... sampai satu hari org kampung marah pasal kitorang mandi kt anak sungai tue. sebenarnyer derang letak paip trus ke kampung.bile kitorg mandi, abis la... kotor... lepas tue, sorg pun x dibenrkan mandi lagi kt situ.... huhu

actually lt maktab ada telaga kecik, tp xleh pakai pasal dh kering. lepas tue... pihak maktab mula mengusahakan untuk mendapatkan air... derang pasang paip dr bukit tue, sambung ke 2 tangki kt belakang makmal. . sejak da 2 tangki tue hidup kitorg pun senang balik... xder la nk fly-fly lagik....

biler dikenang, mmg klako time tue... tue jer la antara kenangan yg dpt disimpan sampai ke tua....

Read more...

June 11, 2009

Pokok Seribu Guna



Kali ni aku nk citer pasal satu pokok. pokok ni juga korg kenali sebagai pokok seribu guna.masih ingat masa sekolah rendah... ada tak korg wat karangan pasal pokok nie. ahahah.. mesti ada punyer. kegunaan pokok kelapa.

actually, aku tergerak nk citer pasal pokok ni coz, recently aku balik kampung. memang banyak pokok kelapa kt kawasan aku nie. aku ingat lagi time aku kecik2 dulu... aku selalu ikut arwah tok n nenek aku pegi kait kelapa tua, pastu kopek kulit dia. lepas kopek buang sabut dia, kelapa tu dipecahkan. kalo korg nasib baik, ada satu benda kuning kt dalam kelapa tue. kalo org jawa panggil 'kentos'. sedap sei... makan. lembut-lembut, gebu rasa dia lemak2 manis. actually 'kentos' nie isi kelapa yang akan jadi akar bile dibiarkan lama.akan keluar tunas dari 'kentos' ni n akan jadi penyambung generasi pokok kelapa yang baru.

ok sambung balik pasal citer kopek kelapa nie.lepas dipecahkan kepada dua, isi dia akan di korek.pastu kulit luar isi nie akan dikupas pakai pengupas kulit macam korang kupas kulit kentang. kulit ni akan dikeringkan jadi bahan bakar. isi kelapa tadi akan dijual. sampai kt kilang macam2 dia bley wat.

batang kelapa nie plak biasa derang wat titi segera. paling banyak kegunaannya masa raya puasa. jadi batang meriam. time nie korg akan dengar ler bunyi meriam berlawan-lawan. pergh... mmg syok.

dia punya daun plak, yg muda akan dijadikan sarung ketupat. kalo yg dah tua sket jadi kaan diraut jadi penyapu lidi. skang nie kt market dh susah nk jumpa penyapu lidi kelapa.kadang tue wat serunai daun kelapa...

kalo ada pokok yang ditebang, biasanya kitorg kejar pucuk dia dulu... aahaha umbut kelapa. sedap beb wat masak lemak.campur plak dgn udang... pergh masyuk.... pastu kalo ada kelapa muda, apa lagi kenduri ler... abis minum air makan isi dia plak.kitorang panggil 'degan'. sedap beb...

ok abis pasal citer nie... sumer nie citer time aku kecik2 dulu. skang nie plak lepas 20 tahun... aku dh x npk sumer benda nie. kalo dulu riuh usik-mengusik sambil kopek kelapa skang dh xder... org muda2 dh xnak buat. jatuh standard katanya... rega kelapa yg x menentu pun jadik puncanya. korg bayangkan sebiji kelapa kt kampung jatuh 20-30 sen sahaja.sampai kt bandar naik berkali ganda... sampai 2 ringgit sebiji. ni antara sebab derang xnak wat keje ni skang...

kalo tgk sepanjang perjalanan balik ke kampung, banyak buah kelapa tergantung... kadang tu satu tandan penuh dengan buah kelapa. dibiar bergantung x dikait.... kadang tue sampai tergantung di atas jalan.bayangkan kalo kelapa tua tetiba jatuh atas jalanraya yang sentiasa sibuk... kena plak pada kenderaan kt bawah. kalo kereta maybe ampun lagi... kalo kena pembonceng motosikal... x berlubang kepala dia.dari buah kelapa jadik plak buah kepala....

nk salahkan siapa kalo jadik camnie ??? yg tua di kampung dh x larat nk kait kelapa.... yg muda x minat pasal rega rendah sangat... keje x glamour... jadik ler macam bangau oh bangau....

kadang tu aku rindu masa aku kecik2 dulu... panjat pokok kelapa semata-mata nk minum air kelapa muda... meriam kelapa lawan berlawan masa raya... huhu.... masa dh x bley d putar lagi... apa yg ada hanya kenangan n story utk diciterkan pada anak2 cucu.jgn sampai generasi akan datang nanti dh x kenal pokok kelapa...

akhir sekali p tesco.. jumpa plak kelapa bakalalan... dari ladang torkington, sabak bernam... tempat asal aku... wakakak.... nk gelak pn ada....

pikir-pikirkan..... pendek kata xder satu pun bahagian dari pokok kelapa ni yang dibazirkan....

Read more...

June 8, 2009

New Look

setelah beberapa lama... kini bertukar naju baru lak.... hope fully yg nie lebih easy utk di access....

Read more...

June 3, 2009

Homamade Pizza

ari nie wife aku try wat pizza. n guess what... menjadik beb... sini aku perturunkan resepi n cara... yg aku dpt dr satu site lain... http://www.myresipi.com


Bahan-bahan ( loyang 11" )

  • ** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
  • ** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula
  • ** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara

  1. ** Untuk doh pizza **
  2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
  9. Gambar sos pizza
  10. Keju pizza kat sini
  11. ** Untuk sos pizza **
  12. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

terpulang pada anda untuk mengubah resepi ini mengikut citarasa....

yg kt bawah nie plak.. sedikit gambar proses....






Read more...

June 1, 2009

Trip to Cameron Highlands

cuti sekolah dah mula. segala tugas aku sebelum cuti pun dah setel. interview pun dh selesai, alahmdulillah... so sampai ler masa utk aku merilekkan diri... rilek pun xder la rilek sgt... aku jd guru pengiring aka ketua bas utk rombongan sekolah aku. ada 2 bas dari sekolah aku n aku ketua tuk bas 2... nasib ler kan.. cikgu lelaki x ramai...

so malam jumaat tue kitorang pun gerak dr melaka around 11 pm. janji kul 10.. tp sebab bas lambat... tu yg gerak lambat... sepanjang jalan aku berdoa agar xder apa2 yg terjadi walaupun bas ader skit problem... tp alhamdulillah dh selamat pergi n selamat sampai...

kitorang naik ikut tapah. plan asal ikut simpang pulai... tp driver xnak. dia kata jauh... so, terpaksa la... around 6.30 sampai di tanah rata.... kami stop di masjid tuk solat subuh n sarapan. actually dh bawak siap kuih n air.budak2 nie makan jer lar atas bas.. kalo bagi makan kt kedai kang, abis... ntah apa yang dia beli....

one thing yg menarik pasal masjid di sini.. aku perasan dia xder kipas langsung... aricond lagi le jauh... very unik... suhu skang kt cameron x sejuk macam dulu lagi... masih lagi sejuk.. tp dh kurang sket... korang tgk yer gambo dalam masjid tue kt bawah nie.. aku carik gak suis kipas... mmg xder... aku rasa penduduk di cameron mmg boleh jimat elektrik. bayangkan berapa banyak yg boleh dijimatkan... huhu.... pencemaran akibat aricond pun kurang... tp aku rasa xlama keadaan nie... kalo penebangan hutan masih berlaku secara haram... suhu di sini x mustahil akan menigkat
naik.

lepas tu bile kuar dari masjid nie... ada satu benda yg menarik pandangan aku. kt luar masjid tu ada satu gerai yg blum buka lagi. kt luar gerai tue dia susun air mineral n suh letak duit dalam bekas yg disediakan. pergh... selamba jer letak duit kt luar.kalo kt melaka wat camtu... ada 2 perkara akan jadi... samada abis botol tue or abis duit tue kena sapu dgn mat pit...






lupa plak nk cakap. masjid atas bukit. gambar nie amik dr atas.bas yg kunig tu kt bawah.kami berjalan dr bawah ke atas utk ke masjid tue.











yg nie plak gambo masjid tue... tenang jer... gambo ni amik lebih kurang dalam kul 7 pagi. lepas sumer abih turun, kami bfast donut dgn donut berteman air kotak. yg nie mmg dh kami bawa dr melaka. kalo korg terer, tgk dalam gambo tue, pada pagar kt entrance masuk ke masjid tue... ader kain pelikat.tue ler kain aku... tertinggal plak kt sana. kira wakaf ler... nk wat camner kan...







nie suasana pekan tanahrata di awal pagi... jalan tu basah bukan pasal ais cair ek... tp sebab hujan mlm tue...








first place yg kami lawat ialah pusat agroteknologi mardi d tanah rata. dalam pusat agro nie... lebih kurang macam tapak pertanian ler. segala jenis sayuran, bunga dan contoh pokok teh ada. x lupa gak katus... pasal kaktus kt sini comel2 and 6 pasu br RM 10. yg paling penting bile lawat cameron mestiler strawberry kan. pasal kitorang sampai awal sangat, derang xsempat nk petik lagi... dia suh kami jalan dulu, n lepas tue dtg balik. kami pun pusing ler dalam tue.. abih ponek kaki... besar beb.. bley tahan ler... yg kt sebelah ni hasil kaktus yg dibeli di mardi n pasar malam brinchang.

so dr berry section tu, kitorang pusing lagi dalam tue. tgk dianyer pokok tomato. pergh... dasat beb... tringat time aku maktab dulu.kitorang wat fertigasi, sama macam kt mardi nie. kitorang petik jer dr pokok trus ngap.tp kt sini xleh la buat camtue... pada satu pokok tue mmg banyak giler buah dia. mmg kaya ler kalo jadi petani kt cameron nie. dr site tomato, tgk dia nyer bunga... suemr segar2 belaka, bulat n subur... cukup baja, jaga dan suhu kt sini mmg sesuai. xpanas sangat n x sejuk sgt... then masuk section kaktus.kat sini ler wife aku borong kaktus kat atas tue... erm.. bekas kaktus beli kt pasar malam ek.xlupa aku beli satu pokok anggur.ehehe kt melaka nie mmg ler panas. dia masih berbuah tp masam ler... xper aku try jer nanti... kt dalam tue ader gift shop. aku tgk budak2 ni beli barang macam xsinggah jer lagi tempat lain lepas nie. kalo boleh sumer nk borong... dh kena marah ngan aku, br stop.jimat2 ler duit tue.byk tempat lagi nk pegi. penin bawak budak2 nie... huhu



macam aku ckp tadi, kt dalam mardi ni pun ada pokok teh gak. tgi beb bukit tue. aku xlarat nk naik.. aku suh bebudak jer naik g pondok kt atas tue...












yg kt sebelah kiri tu bunga strwberry n sebelah kanan tue buah dia. pada beg putih merupakan sabut n tanah yang telah dicampur. nie ler cara hidroponik fertigasi. pada beg tanah tue dia wat lubang n pada setiap lubang hanya ada satu pokok jer.










cara nk tanam nyer pakai anak pokok.buah nie xder musim khas. kalo ikut kata pegawai kt mardi tue, dari tempoh berbunga sampai petik buah lebih kuragn sebulan jer... so bley cakap ler dia berbuah lebih kurang 12 kali setahun. kt tanah rendah dia bley hidup, tp berbuah mungkin susah, sebab masa bunga dia perlukan suhu yh sejuk, nk masak perlukan suhu yg panas plak.

dari mardi kami ke bee farm kt area sg palas. yg pening nyer kt cameron nie terlampau banyak bee farm, strawberry farm, butterfly farm.so up to u nk pilih which farm yg korang pergi.paling atas sekali yg famous KEA farm. dr bee farm kitorang berjalan kaki.sambil tue usha keliling. aku 2-3 perkara menarik perhatian. korg pernah dengar apple cameron and buah cinta. gambar ni aku amik kt pasar brinchang.





ni ler apple cameron. rupa macam terung.rasa dia macam tembikai susu. aku bawa balik, sampai melaka jer , buah tue lebam. buah nie lembik sikit. kt sini jer jleh jumpa. tempat lain xder.






yg ni plak buah cinta. nama mmg pelik. cara makan lagi pelik. korang potong sket jer bahagian hujung dia, then sedut.huhu... tp aku potong abih.belha dua. dalam dia banyak biji2 kecik. rasa masam2 sket.tp kira ok la. aku agak dr cara makan dia yg kena sedut macam bercium, tu pasal dia panggil buah cinta kut.







dr bee farm kami trus check-in di hotel. dpt ler gak lelap dlm setengah jam, since dalam bas aku xleh lelap. petang tue kitorag g pasar malam brinchang. kt sini ler wife aku menambah koleksi kaktus. mmg agak besar.









sebab pagi tadi aku x sempat g strwaberry farm, aku pun carik ler buah strawberry nk bw balik. jumpa satu gerai... mmg banyak giler aper lagi borong la... kalo ikut tips yg amoi tue bagi, nk carik yg sedap, kaler merah... yg belum merah tue... x masak lagi... so kalo korang nk carik strawberry, carik yg merah kalo nk makan trus... kalo nk bawa balik, carik yg kurang merah sket.







yg nie kuih brinchang. rasa boleh tahan. jgn lupa carik kalo g pasar malam brinchang.













ada dua jenis, kaya dengan kelapa.















tempat nie kt tanah tinggi, tp yg pelik, banyak giler seafood. macam ketam goreng nie.satu bekas RM5 jer... udang goreng, sotong goreng tepung... dasyat tue... dh puas jalan, kitorang balik ke hotel. sepanjang masa budak2 ni ngekor jer kt belakang aku. nk wat camner... budak kecik, so kena la jaga. mlm tue terbongkang aku penat.sebelum lupa, kalo nk borong sayur dtg waktu malam, lebih murah. pasar ni bermula pukul 4.30 petang. 12 malam pun buka lagi.




esoknyer kitorang meneruskan aktiviti. oleh sebab bas aku xdpt nk naik lebih tinggi, kitorag decide tuk split. bas aku turun, n yg lain naik atas. on the way down, singgah d KHM farm. antara strawberry farm milik melayu yg ada di sini. ada gak ghupernyer ladang org melayu.so lepas nie kalo aku dtg lagi, kt sini ler aku pegi. kalo dari tanah rata, on the way naik ke brinchang ada satu simpang ke kanan, ada signboard ladang al-mashoor. kt situ ada la 2-3 ladang milik melayu.



kt sini kitorang membeli-belah lagi... aku sempat makan dadih n aiskrim strawberry.yg nie asikrim strwaberry, yg merah kat atas tue topping syrup.









yg nie plak. dadih strawberry. kt sini aku beli kordial strawberry. lebih murah drpd pasar malam. RM 14 jer. sirap RM 6. kt pasar malam RM 20 tuk kordial, lps tue dia bagi free sirap.huhu... besides yg nie tahap halal dia lebih sah n x meragukan.







lepas ni, kitorang p cameron bharat tea. kt cameron ni ader 2 ladang yg femes. first boh kt sungai palas, n second cameron valley. teh boh nie banyak jal kt kedai. tp teh cameron valley nie, ada kt sini jer.gambar ni ladangteh cameron valley. besar la gak. lagi sekali budak2 jer yg turun, aku malas nie trun, jauh beb.







lepas tu kitorang masuk gift shop dia. dia nyer packaging mcm kt sebelah. mmg lain sket dr boh. satu advise tuk korang y nk beli teh nie. kalo yg perasa original, kt sini lenbih murah, RM 6.50 satu kotak tuk 25 uncang beg. tp kalo perisa lain, kt pasar malam lebih murah. macam perisa oren, strawberry, lemon, anggur... sumer tue kalo kt pasar malam brinchang satu kotak RM 7 jer. kt sini RM 8. so korang pk ler sendiri kan. mana lebih ekonomi.




lepas ladang teh, kitorang trus turun ke bawah., n shoot ke melaka trus. nasihat aku tuk yg nk ke cameron, kalo yg datang jauh2 tue, better spent night.br puas. kalo yg nk pegi one day, balik hari... datang awal2 pagi... nk pulang plak lewat petang. jgn lupa p pasar malam brinchang. pasti x rugi. satu lagi tempat yg kitorg x turun, air terjun lata iskandar. so, tuk trip kalo nie... agak berbaloi ler... ini kali keempat aku ke sini. n hasil daripada lawatan nie adalah seperti dibawah...

lepas nie nk balik kg plak. huhu.....


Read more...