b0r0i - View my recent photos on Flickriver

April 8, 2009

Cikgu KPLI, Instant, cap junjung ???

hati aku meronta setelah membaca satu blog yg dikirim oleh kawan aku...

http://mykerabukerang.blogspot.com/2009/03/cikgu-cap-junjung.html

kalau anda lapang, sila baca dahulu blog ini. penulis turut memberi beberapa rujukan seperti...

http://cikgufarizal.com/2008/02/04/motivasi/you-choose-it/

http://kemenjadianguru.blogspot.com/2008/12/guru-kpli-sombong-guru-lama-berlagak.html

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/mohdnorIPSAHfp.pdf

http://eprints.uum.edu.my/1525/

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article36.pdf

http://nogold.com/forum/showthread.php?t=28854&page=3

http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/bm/news.php?id=216907&cat=ut

http://www.scribd.com/doc/5282059/penempatan-guru

http://cikgufarizal.com/2008/11/25/kerjaya/kementerian-perlukan-calon-kpli-berkelayakan/

http://eprints.utm.my/2272/1/Kamalularifin.pdf



anda sudah baca semua dalam senarai blog itu ??? jadi sekarang anda boleh membaca respon aku lak....

aku sendiri merupakan hasil keluaran KPLI rendah. kalau kita semak balik sejarah kpli nie.. tercetus asbab ekonomi gawat masa 1997 dahulu... ramai orang cerdik pandai yang tidak dapat ke luar negara di serap masuk ke bidang pendidikan. antara lain sebabnya juga ialah kerana pihak kerajaan ingin menaiktaraf sistem pemdidikan supaya semua guru di sekolah sekurang-kurangnya berkelulusan ijazah. pihak kementerian sendiri ada memberi peluang kepada guru sedia ada mengikuti kursus ijazah dalam perkhidmatan. dan yang terbaru ialah PGSR, di mana guru dihantar kursus masa cuti selama 2-4 tahun untuk mendapatkan segulung ijazah.punbagaimanawalau ( aku pinjam ayat pensyarah aku ) dalam masa 1-2 tahun ini, kita akan melihat kumpulan ijazah pertama yang akan keluar daripada institut perguruan ( nama baru bagi maktab perguruan ). mereka ini merupakan kumpulan yang masuk selepas peperiksaan spm.4-5 tahun di IPG mengambil ijazah pendidikan.

lepas aku baca jer ulasan penulis, aku beranggapan ia merupakan cabaran kepada aku dan kawan-kawan aku yang merupakan haisl keluaran kpli. tapi yang musykilnyer.. kejap dia cerita pasal guru sandaran, kejap pasal kpli. x constant.so, utk semua reader... dalam sistem pendidikan kita sudah tiada lagi istilah guru sandaran. yang ada hanyalah guru sandaran terlatih yang mana ia merujuk kepada guru yang masih belum di sahkan jawatan tetapi sudah mengikuti / mengambil diploma/iajazah pendidikan. guru sandaran tidak terlatih merujuk kepada guru ganti yang menggantikan tempat guru bersalin. tempohnya juga singkat biasanya 2-3 bulan. guru ganti inilah yang tiada langsung belajar berkenaan teori pendidikan dan zero. segelintir sahaja yang mempunyai pengalaman, itupun kalau dia dapat peluang banyak kali gant guru yang bersalin.bebanan tugas mereka pun tidak sama dengan guru biasa. mereka hanya mengambil alih sementara tugas guru yang bersalin. mereka tiada lesen sebenar dalam pendidikan. mungkin lesen L jer. kalau di bandingkan beban mereka teramatlah sedikit. punbagaimanawalau, guru inilah yang biasanya akan memohon KPLI kerana mereka minat dan sanggup.

citer pasal kpli lak, kalau anda tidak menjalani sendiri kehidupan di IPG dan hanya melihat sahaja serta mendengar orang bercerita, sebenarnya anda tidak layak untuk berbicara walaupun anda anak seorang cikgu ( penulis jangan terasa ).betul ada segelintir kecil sahaja yang membuat taik ( bahasa kasar ) atau membawa lumpur, maka habislah semua terpalit sekali. golongan ini hanya sedikit sahaja.boleh dibilang dengan jari. cuba anda bayangkan, seorang jurutera dengan gaji sudah 5 angka berubah angin menjadi cikgu. seorang yang sudah berniaga berjuta-juta menjadi cikgu, seorang peguam menjadi cikgu, malah ada juga dooktor yang menjadi cikgu. kenapa ???? anda pernah bertanya kepada mereka ??? mungkin pada permulaannya, mereka hanya ingin lari dari rutin. tetapi lama-kelamaan cinta dan minat itu terpupuk dengan sendiri. ia akan datang dan memakan masa. tempoh masa setahun hanya untuk mendapatkan teori dan lesen.cara untuk pengajaran dan pembelajaran itu sendiri datang daripada pengalaman.kami berkorban, berjauhan dengan ibu bapa, isteri ,suami dan anak-anak. malah ada yang sanggup berulang -alik setiap minggu hanya untuk bersama-sama dengan anak dan isteri. malah rakan aku sendiri tetap gagah walaupun isterinya tidak sihat.

hanya kerana profesion cikgu ada yang boleh masuk hanya dengan kursus selama setahun, maka bermacam-macam tanggapan di buat. kalau lah doktor, jurutera, peguam dan semua tugas professional pun ada gak buat camnie, hanya dengan kursus selama setahun agak-agak berapa ramai yang apply ? di lua negara sendir iseperti UK, mereka pun ada kursus kpli ini. kebetulan pensyarah aku di IPG ada ikut program lawat ke sekolah di UK, dia cerita memang ada kursus kpli macam kt sini gak. sana lagi best... yang masuk iktu sumer volunterr dan tiada elaun di beri. bahkan ada yg dh dpt phd pun sanggup masuk kpli, hanya nak dapat ilmu pengajaran.jadi jangan ler di keji orang-orang yang mohon kpli nie, walau apa pun alasan dan niat mereka. biarlah itu menjadi hal antara mereka dengan tuhan.

memang ada guru lama yang dengki pada kpli ini. tapi hanya sedikit saja.alasan mereka... hanya kerana gaji. DUIT. kami kpli yang baru ini sudah boleh mendapat gaji yang sama dengan mereka yang telah berkhidmat puluhan tahun. kalau daha nama manusia, perasaan dengki itu memang ada. tapi kalau diarahkan ke saluran yang betul, perasaan dengki ini boleh membawa manfaat. kebanyakan kpli telah mempunyai pengalaman kerja dan mempunyai pengetahun teknikal yang baik, guru yang lama pula kaya dengan pengalaman. sekiranya mereka bergabung, pihak sekolah juga yang beruntung. murid-murid juga mendapat manfaat.

pasal bertugas di kawasan pedalaman, terpuang kepada individu. ada yang minat dan ada yang kurang. tetapi arahan tetap arahan. ramai kawan aku yang kena posting di sabah, sarawak.mula-mula dulu merungut gak. biasa la manusia kan. tapi sekarang derang sume dah enjoy sebab dh dpt adapt dgn suasana. so di mana masalahnya ??? hanya masa menjadi penentuan.

kalau nk kata cikgu kpli n dpli ni penghancur generasi, mmg aku terasa. seolah-olah dihina. punbagaimanawalau, aku anggap ia sebagai cabaran. aku sendiri bertugas di sekolah dalam kem komando. hari-hari merupakan cabaran baru. terpualng pada sendiri how to handle. turn the problem to be an oppurtunity. kalau fikir masalah jer, mmg sampai bila pun xkan selesai.

akhir kalam aku bawa satu cerita yang aku dapat drpd timbalan ksu kementerian pendidikan, masa aku konvo semalam, beliau membawa cerita berkenaan dialog dengan arwah ayahnya sejurus menerima segulung ijazah,

Ayah : Nak, cuba pandang ke atas, apa yang ada kt atas tu ?
Anak : Lampu ayah.
Ayah : Siapa cipta lampu ?
Anak : Thomas Edision, ayah.
Ayah : Kalau Thomas Edison tu seorang islam, mungkin sampai sekarang dia masih mendapat pahala kerana orang menggunakan ciptaannya. cuba tengok di luar pula ada apa ?
Anak : Kereta ayah.
Ayah : Siapa yang cipta kereta ?
Anak : Henry Ford, ayah.
Ayah : Kalau Henry Ford itu seorang islam, tentu sampai sekarang di mendapat pahala kerana dia telah memudahkan orang untuk bergerak dam berurusan. Nak, apa yang ada di tanganmu?
Anak : Kertas ijazah ayah.
Ayah : Nak, walaupun hanya sekeping kertas yang ada ditanganmu, kalau kamu berjaya membuat beramal dengan ilmu yang kamu perolehi dan memberi menfaat kepada mereka, sehingga mati pun, kamu masih mendapat pahala...

So, kalau ilmu yang kita dapat tu kita amalkan dan murid-murid kita amalkan, insyallah, sampai bila-bila kita akan mendapat pahalanya, cuma terpulang kepada kita sekarang. ikhlaskan hati dan sentiasa berdoa wahai kawan-kawanku. bak kata pengarah dulu, ikhlas tu umpama seekor semut hitam diatas batu yang gelap pada waktu malam yang tiada bulan.

all the best.. n jangan pedulikan apa orang kata, tunjukkan kita boleh.

problem is an opportunity in disguise....

kepada penulis, tahniah kerana membawa isu ini...

4 comments:

Anonymous said...

ya betul!!!!

Sheeta dari Laputa said...

Kat sini pun ada anonymous gak? ehehe.. Ingat kat tempat saya je ada..

Oklah...

Balik kepada isu ni. Terima kasih atas respon anda. Tidak, saya tidak sama sekali menyalahkan guru KPLI 100%. Kan ada saya nyatakan di penulisan, tidak semua, masih ada yang baik.

Ya betul, boss saya dari Aussie selalu cerita yang di Aussie pun ada patern KPLI ni. Golongan Profesional turun padang mengajar anak-anak di sekolah sebagai charity. Itu volunteer, mereka masih profesional, mengajar anak-anak sebagai aktiviti tambahan.

Saya bangga jika ada guru yang mengajar tanpa pedulikan Elaun seperti "Cikgu JIMI". Dia guru terbaik saya jumpa di alam maya/cyber ini. Terbaik, bermakssa sangat terpuji. Boleh kunjungi dia dari link di page saya.

Sekarang intention saya menulis untuk menegur kebanyakan bakal guru KPLI yang melihat KPLI sebagai jalan keluar pengangguran.

Kawan saya(graduan KPLI batch 2008) pun kata dari 20 org rakan sekelas, 5 orang adalah dari golongan profesional yang gaji telah lebih RM5k sebulan. Tapi balance itu, lagi 15 org adalah fresh graduate yang tak mendapat pekerjaan tetap. Dan dari 15 org graduan ini, 13 ragu2 mahu ke sabah sarawak, separuh dari mereka decide untuk berkahwin demi mengelak dipost ke seberang. Dari 5 profesional itu termasuk kawan saya, 4 org telah selamat berkhidmat di Sarawak. Cuba bandingkan peratusan perbandingan di sini.

Maknanya bukan semua yang bermentaliti negative.

Maaf, saya mungkin sedikit keras. Saya tahu, anak2 saya nanti mungkin akan diajar oleh guru KPLI. Saya tidak angkuh mengatakan Guru KPLI tidak bagus sangat, tapi sekurangnya saya mencuba untuk menegur kan?

Saya pasti anda sebagai sebahagian dari graduan KPLI bersetuju dengan sebahagian point saya. Seperti menegur satu pertubuhan, mungkin hanya 1/4 yang makan rasuah, tapi keseluruhan persatuan akan terkena busuknya.

Maka, sekiranya (mungkin) 1/8 dari guru KPLI adalah dari kalangan graduan yang membawa lumpur, habis semua Guru KPLI lain akan terpalit lumpurnya.

Maaf sekali lagi. Percayalah, bukan saya seorang yang dikatakan 'dengki' . Ini satu teguran. Sekiranya pihak guru sendiri sebahagian yang mengiyakan kata-kata saya, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dan harus diperbetulkan segera.

Dan mungkin Anonymous ini kawan anda, Sekali lagi, saya kata MUNGKIN, dia juga salah satu insan pembawa lumpur itu. Sekiranya dia membaca ini, saya harap dia berubah menjadi yang lebih bertanggungjawab, seiring dengan namanya sebagai pendidik bangsa.

p/s: Jika kita kata Polis ramai ambil 'duit kopi' kita tidak cop semua polis macam tu, tapi kita still mahu tegur, betul? Dan Tak bermakna bila kita tegur, kita boleh lari dari soal jodoh, mungkin kita akan kena kawen dengan abang polis yang mungkin kerap amik 'duit kopi' ini. Boleh nampak tak metafora yang cuba saya sampaikan?

Sekian, Maaf menulis panjang di laman orang. Salam Kenal, ya! :)

anonymous(: said...

anonymous tidak semetinya orang yang sama cik marissa.

jgn narrow minded.

Lieya Mjay said...

assalamualaikum..
aku nak komen kat page Marissa tu tapi di dah disable pulak... apa2 pun aku sebagai guru aku sokong pendapat ko... apa2 kita think positif.. anggap semua ni cabaran untuk guru-guru kpli, buktikan kepada mereka yang kita tidak seperti yang disangkakan. yang penting niat dan hati kita untuk bekerja, tak kisah la keja guru ke.. keje pejabat ke.. walaupun niat asal bekerja kerana untuk wang ...kalau kita ikhlas bekerja, isya'Allah semua yang baik akan datang. Apa2 pun chaiyok..chaiyok untuk semua guru-guru lepasan KPLI.. !!!