b0r0i - View my recent photos on Flickriver

November 26, 2010

Test Otak

got from FB fren... test jer laa....


Short Neurological Test

 PART 1

1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.



OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO



2- If you already found the C, now find the 6 below.



999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999699999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999



3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.



MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM



This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.

Congratulations!



PART 2



eonvrye that can raed this rsaie your hnad.



To my ‘selected’ strange-minded friends:If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.

Only great minds can read thisThis is weird, but interesting!

If you can raed this, you have a sgtrane mnid too



Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.



    I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it

selingan...

Jambatan Keretapi Segamat

Read more...

October 28, 2010

Tip untuk mengelak drpd menjadi mangsa Cyberscam

yg ni tip untuk mengelak cyberscam.aku dpt tip ni dr kengkawan dlm emel aku...
-----------------
Terdapat banyak berita-berita dalam surat khabar tentang Cyber Scam atau Conman yang menipu orang melalui internet. Saya ingin berkongsi beberapa tips berdasarkan pengalaman untuk mengelak diri dari ditipu di internet...

1. Too good to be true - Harga barangan yang terlalu rendah

Kalau jumpa Iphone4 32GB yang harganya RM1200 atau Ipad yang harganya RM900 atau Nikon D90 berharga RM1000 atau lain lain gajet yang harga begitu rendah, kemungkinan besar ianya adalah satu scam. Penjual-penjual ini biasanya menggunakan email address dari free email service seperti live.com, gmail.com etc. Cara berurusan dengan mereka adalah melalui pos dan email sahaja. Dan bayaran melalui western union. Contoh-contoh klasik ialah seperti website ini - http://www.adpost.com/my/employment/23167/

2. Western Union

Biasanya scammers atau conman dari oversea akan hanya menggunakan perkhidmatan Western Union SAHAJA. Ini adalah salah satu tanda besar yang barangan yang dijual adalah tidak wujud. Salah satu taktik mereka ialah, mereka kata pembeli boleh meletakkan nama sesiapapun (emak, adik, saudara mara) sebagai penerima Western Union dan apabila barang sudah sampai, pembeli kemudian menukarkan nama kepada nama penjual. Masalahnya, sebaik sahaja mereka dapat number rujukan Western Union, duit pembeli akan lesap

3. Deposit duit dahulu

Scam ini banyak orang terkena jika membeli barang di mudah.my atau lain lain klassified website. Kalau barangan lebih dari RM200, lebih baik jumpa dengan penjual dan berurusan COD (Cash On Delivery)

4. Buyer dari oversea

Kalau ada mengiklankan barangan dan ada pembeli dari oversea yang nak beli barang tersebut, kemungkinan besar mereka adalah conman. Antara cara-cara mereka adalah;

a) Mereka membeli barangan untuk dihantarkan kepada saudara mereka di Afrika
b) Mereka sanggup membeli dengan harga yang amat mahal

Tips berurusan jual beli di website...

Mudah.my atau lain lain Classified website - Hanya berurusan secara COD. Ianya adalah selamat dan puas hati kerana kita dapat jumpa penjual dan tengok barang sebelum membeli
Lelong.my - Lihat rating penjual ataupun pembeli. Sekiranya rating mereka adalah 0 atau negative, maknanya kita kena berjaga-jaga. Ini adalah contoh rating saya di lelong.my - http://www.lelong.com.my/Auc/Feedback/UserRating.asp?UserID=nazron@1

Ebay.com - Lihatlah rating penjual atau pembeli. Juga, lihat tarikh mereka menjadi ahli
Jadi, berhati-hati berurusan di internet !

--------

semoga korg mendapat manfaat drpd info ni.

Read more...

October 27, 2010

Waterfall

dh bersawang ghupernyer....

 ok some pic utk tatapan... yg ni aku snap di air terjuan buatan.ada di melaka.if korg ke melaka, selepas jj, sebelah kanan.betull2 kt simpang traffic light.dh lama nk snap kt sini, br sampai hajat.hayatilah ek...

air terjun bukit sebukor




dari hadapan, full view



dari tepi



black n white version of hdr

Read more...

September 4, 2010

Update....

lama giler x update... sesaper yg follow aku mesti nyesal.... aper la tuan tanah nie.... eheheh sori geng...

kali ni aku nk bukak citer pasal passion terbaru aku. KAMERA...

actually, dh lama giler aku minat benda nie. dr sekolah lagi... and cine pake kodak iso 100 lagi.dulu sampai sanggup pinjam member punyer kalo ader aktiviti kt luar...  so, semakin lama aku peratikan dunai semakin canggih... daripada camera roll kepada kaemra digital... oh ya, time skolah dulu, aku pernah blajo jap pake video cam... bukan y kecik ek... yg besar gabak eltak atas bahu tue... pake tape VHS y besar tue... eheheh tengkiu kepada staff PSS MRSMBP, abam suhaimi yg sudi mengajar aku cara guna... ader lagi ker dia kt sana...

then, biler masuk U, aku terjumpa org tua nyer digicam.so aku pun pinjam... bermula la era baru... tp x lama.. pasal one fine morning masa  th snap... tetiba terlepas n terjatuh... hhuhuhuh... nk repair dh x lbey... so berkubur ler jap...

then lama lepas tue... time ni, org tua aku ada bl DSLR utk opis dia... kekadang tu, kalo ader kesempatan aku main2 dgn nikong tue...

lepas kahwin, wife aku beli digicam kecik.. kodak easyshare... yg ni dia bawak p maktab pasal dia kursus kt sana n kepentingan utk wat report...  dlm masa nie, aku byk main2 dgn c360 nie...  lama2 rasa mcm x best... teringin nk beli dslr satu... aku pendam jer hasrat nie....

sampai ler satu ketika... aku terbaca iklan kursus asas digital foto, anjuran sifoo.com aku rasa mcm menarik... tetapi kena laa ada cam satu... ak pun mula wat kajian ttg brand yg ada... lpas ew consideration.. timbang2 bajet... aku mengangkat kamera 5Tan.... ehehe nikong d5000.... nk angkat lebih bajet xder... tp xper sebab mengikut kajian aku, few features dlm d90 ada dlm nie... so tanggal april merupakan hari bersejarah buat aku... kerana telah memiliki nikong d5000

sejak itu, aku mula follow beberapa kumpulan, kursus, outing  dgn tujuan utk menambah ilmu. bermacam teknik tellah kau pelajari sepertin panning, slow shutter, light trail, panorama, vertorama, landskap, potraiture, hdr n beberapa lagi....

skang, umur kamera br beberapa bulan, tp aku rasa hutter count telah melepasi 10k... aku masih lagi dlm proses pembelajaran.... n ia merupakan hobi yg aku kira mmg menarik...

some pic...



Read more...

July 14, 2010

gambo lagie...

sekadar penyeri....


Lebuh AMJ di waktu pagi...


selepas makan malam...

selepas bekerja

zooommm....


eiffel tower

langkawi...


selamat mencuci mata...

Read more...

June 25, 2010

Singapore TRIP

Lama giler x update... dh naik sawang dah laman seswang nie... ahahha

Post kali nie just nk share pasal outing trip aku ke bandar Singapura... actually x kebandar pun... spent masa kat pulau Sentosa jer...


Pulau Sentosa ni satu masa dulu merupakan perkampungan nelayan jer... dulu dikenali dengan nama Pulau Blakang Mati... pelik bunyik... melalui beberapa parubahan nama dan terakhir dikenali sebagai Pulau Panjang sebelum kekal sebagai Pulau Sentosa  sejak 1972 hingga kini.



perjalan di mulakan seawal pagi.aku dgn wife n her sister bergerak dr umah pukul 4.30 pagi ke batu pahat. dr sana kami ikut bas pelancong yang membawa sekumpulan cina. aku bersama kelab fotografi selatan Batu Pahat. lbey kurg jam 7 kami bergerak ke destinasi. kami keluar di exit Second Link dan sekitar jam 10 pagi kami sampai ke Imegresen Gelang Patah. Selepas pemeriksaan Kastam Malaysia, kami menju ke Kastam Singapura di Tuas. Satu perkara yg aku notis sebaik jejak di Singapura ini, rokok tidak dibenarkan sama sekali n kalau bawa masuk, masa kt kastam kena declare... time ni aku teringat satu peristiwa di sebuah kedai di Melaka. Aku nk cuci gambar, n kedai di sebuah Mall di Melaka. biler sebut Mall, of course la kawasan larangan merokok. but, thsi one fella from singapore... dia amik rokok n trus light inside th premis. D###... ko x reti ker x fhm bahasa... dalam mall kawasan larangan merokok... dalam kedai plak tu.... asap plak tue... fuh..fuh... hembus selamba jer.... mmg s***.... sorry bahasa kasar.... mmg aku x puas hati.... 

ok sambung balik... kluar dr kastam trus menuju ke pulau Sentosa... yg aku perasan sepanjang jalan... byk gila sign menunjukkan kamera... mean ader speed trap... sumer bw dlm speed yg dibenarkan... pergh... one thing yg menarik ialah... di simpang besar nk masuk ke jalan kecik... dia bley stop kt tgh jalan... utk masuk ke kiri or kanan... tanpa berlanggar... sayang aku x smepat snap pic... kalo x bley tunjuk kt sini... cuba kt Malaysia... pergh.. mgm dh eksiden ler jawabnyer...

scene ni snap dr dlm bus atas jambatan second link.


orait... dlm kulk 12 lbey kurg... sampai ke resort world... first thing yg aku nampak... ialah perkataan CASINO... huhuhu... seb baik ler kitorg x masuk dlm tue... rupanyer group chinnese tu nk pegi gamble... kitorg membawa haluan sendiri ler...

 entrance masuk ker resort world.

dr bawah kitorg naik ke atas... trus nampak universal studio... tp syg xleh masuk sbab tiket sold out... yg peliknyer time tue weekdays... bukan weekend.. manusia mmg ramai.. pelik tul.. Singapore cuti sekolah ker time nie.... ???

tgk jer la... tiket dh abis... sold out


lepas bincang dgn K'FOSE, kami berpecah... aku tgk geng2 nie sumer bawak lens ekzos... huhuu... sgan aku... aku nyer ciput jer... lens buluh jer... ahahha. aku plan nk explore Sentosa nie. kitorg pegi booth kaunter... n mmg luck kut.. sebab time tue derang tgh wat promotion... up to 30% diskaun... so kitorg amik pakej sing dollar $36.90. dlm tue, kitorg pegi  4 tempat, Merlion Tower, Images of Singapore, 4D Sentosa Magix n Segway Fun ride.

trem sentosa. naik free... tp kalo dh terkeluar dr sentosa, nk masuk balik kena SD 3

sebelum tue, aku dh nk terkucil... cr ler toilet... pergh... mmg bersih... x mcm kt Malaysia... tp satu jer selek... paip air xder... huhuh... ader tisu jer... almak, spoil aaaa... seb baik aku bawak air mineral kecik... adus.. terpaksa la guna... kalo x kang x bersuci plak...

MERLION TOWER. time ni laluan dia tgh rennovate.tu yg npk zink.. spoil btul


first stop, Merlion Tower. dlm Merlion tower nie, ader 5 minit tayangan video ttg asal nama Singapura. kalo iktu citer, Sang Nila Utama yg jumpa Pulau nie n di namakan Temasik or Singapura sempena perjumpaan dgn seekor singa. Merlion plk datang daripada Mermaid + Lion, jadi ler MERLION. top of the tower mmg open air... so kitorg nampak view almost keseluruhan Pulau Sentosa n a bit bandar Singapura. mmg Cantik... mcm biasa ler... kt mana2 pun fotog mgm dh standby.dia akan amik gambo kita n cas kita kalo beli... kitorg dh tau trick nie.. so kitorg amik gambo reramai... nt beli sekeping jer... kebetulan dia npk mr nikong aku, trus dia offer utk snap pic. ahahah... bley saja... trun ker gift shop dh standby gambo... sekeping SD 20 beb... pergh.... kt Malaysia pun br RM10.... hampir 4 5 kali ganda... huhuuhu... gambo tetap sama... beli jer la...

panorama view from top of merlion tower

layan slow shutter kt air terjun merlion tower


next, ke Images of Singapore. yg ni rupaanyer sebuah muzium... dalam muzium nie, dia buat kita berjalan melalui beberapa zaman drpd zaman lamapau, awal singapura ke yang terkini. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah sebelum masuk muzium.... derang akan bawa kita ke satu tayangan... kt tgh hall tue, ader satu kotak... tetiba keluar asap n satu imej terbentuk kt situ... at first aku terkejut gak... rupanyer dia jadikan asap tu sebagai screen. dia project imej dr lcd kt belakang asap tue... mmg menarik... penat berjalan dlm Images of Sinapore nie. naik turun tangga... jalan berpusing2... pergh.. tp puas...

 peratikan budak kecik kt box kt tgh2 tue...


then 4D Sentosa Magix. korg biasa dengar 3D kan... dlm ni ader show 3D... n tempat kita duduk tu akan bergerak ikut movement dlm citer.tu yg jadi 4D... mmg puas hati. gambar real... biler burung terbang kerusi bergegar, angin tiup kt belakang kepala... mmg feel... siap pancut air pun ada... basah lencun... seb baik sket jer....

lepas tu kitorg ker lsat stop, Segway Fun ride... kt sini kitorg naik mcm moto 2 roda.tp berdiri. biler lean forward dia akan ke depan... lean back, dia akan backward... so much fun... mmg puas hati... tp sekejap jer.. satu round huhuhu.. mmg syiok naik tue...


then kitorg balik ke resort world. since x lunch lagi, kitorg nk makan ler... dh pukul 4 lbey blum lunch... perut dh berdondang... dgn travel agent dia bg voucher makan... SD10. tp voucher tu kena makan dlm food court dalam CASINO... adus.. camner nie... before enter kitorg tanyer guard... dia x advice masuk dalam pasal sumer makanan x halal... vege jer ader yg maybe halal... kitorg xbrani amik chances.. so kitorg naik balik, masuk 7E... beli roti n air kotak... blasah ler dulu apa yg ada...  huhu... payah tul nk makan kt sini...

then, satu lagi problem... nk solat... kalo iktu ckp securityu mmg xder surau... aduh... terpaksa ler jamak akhir solat kt Malaysia.... 

sementara tgu geng lain sampai, aku sempat wat panning few shots...


biler derang sampai jer... derang ckp makan kat DOSA PRATA.. makan rot canai... nama kedai pun DOSA.. aduyai.... mmg fenin la fenin...

around 5 lbey kitorg gerak balik ke Malaysia... on the way back sempat snap few pic, sunset.... rezeki aku...

ori version

 HDR version

so lesson utk ke singapore next time...

1. bawak bekal makanan.
2. bawak sejadah n kompas utk solat.
3. bawak botol air kecik utk bersuci.
4. bawak baju lebih/spare utk tukar kalo baju dh lencun.
5. bawak duit byk sket kalo nk beli souvenir...
6. cek dulu promotion kt website before pegi, kut2 ader special promotion yang bley menolong menjimatkan duit korg...
7. lain2 yg korg rasa perlu... ahhahah

tu jer la citer trip outing singapore bersama geng K'FOSE. next time bley join lagik...

Read more...

May 30, 2010

Night Shot @ fotografi

dh lama x mengentry... kali ni nk citer pasal fotografi sket...

aku xler terer sgt, tp sedikit sebanyak ilmu yang pernah aku dapat dr otai, akan aku curahkan kt sini... dalam masa yang sama, korang bantuler aku kalo ada info baru...

okey, actually night shot ni agak thrill... sebab kita kena shot dlm suasana yang mmg kurang cahaya... tu satu cabaran tp menarik sebenarnyer... especially bile tgk gambar yg di ambil...

antara tool yg kena ada, of course le kamera ( dlm citer SLR/DSLR.utk pns nt aku citer camner nk tweak kaera korg ), sturdy tripod n release cable ( yg ni kalo xder pun xper ).

basic shot waktu malam is exposure kena panjang sebab shutter tue akan dibiarkan lama terbuka untuk mengumpul cahaya.normally ISO kena tinggi.800 cukup tp in this case utk shot scene, try as low as 100. foccal length lak biar yg paling kecik ( f15 n above ).sebab, semakin kecik focal, semakin lama kita bley set exposure. untuk night shot kalo under exposure xper... kalo over exposure yg agak x best.

1. first, cr port yg korg snap pic. bukak tripod n make sure strudy enough n atas tapak yang rata.

2. pasang kamera korg n cr view yg korg nk amik. cth kalo amik gambo jambatan putrajaya make sure jambatan dlm frame gambo korg.

3. first setting, set focal to f22, exposure maybe dlm 30 second and iso 100.

4. utk yg xder release cable, bley pake self timer.trick ni aku dpt drpd bro fmdc. set timer dlm 5 second. tekan half press pd shutter utk dptkan point. kalo korg dh dpt, tekan terus n biar timer yg bekerja. lepaskan tangan dr kamera n tunggu hasilnyer.

5. if korg puas hati dgn gambo tue... amik ler seberapa banyak yg nak. try ler ubah setting pd exposure n focal utk lihat hasil yg lain.

6. utk PnS camera kamera... korg cr mode night scene. letak atas tripod. set timer n shoot.try an error for get better result.

7. step kt atas nie korg bley apply utk amik light trail.

tu ler sedikit sebanyak tip yg bley aku bagi. aku xder ler terer sgt. sekadar share info yg pernah aku dapat.

key yg penting, tripod, iso, exposure n focal... happy experimenting

adios...


pic ni aku amik di perkarangan masjid putrajaya

yg ni kt depan food court masjid putrajaya

yg ni plak kt depan sk putrajaya

yg ni drpd jejambat melaka sentral

yg ni pun drpd atas jejantas melaka sentral

Read more...

May 21, 2010

break the silence....

setelah agak lama menyepi... biarlah gambar ini menjadi peneman....  sumer gambar ini, bukan org punyer.. tp ana yang punyer... hasil bidikan dengan d5000 aku...



putrajaya

masjid selat di pulau melaka
 
pemandangan drpd masjid selat

saja, shot pagar di masjid selat - bokeh

klcc n isetan


night view jambatan di putrajaya

segala komen n kritik dihargai....


Read more...

May 14, 2010

Selamat Hari Guru

selamat hari guru buat...

1.  kedua ibu bapa ku ( mereka juga guru )
2.  isteriku ( guru juga )

3. guru-guru yang pernah mengajarku drpd sekolah rendah sampailer universiti
4. pensyarah di ipti
5. rakan-rakan seperjuangan
6. semua guru di Malaysia...

Read more...

April 15, 2010

dia


dia
sejak kecil yang mengajar erti abc
sejak kecil mengajar apa itu alif ba ta
sejak kecil mengajar erti kasih sayang


dia
sejak kecil yang sering menegur
atas segala kesalahan dan kesilapan
yang aku lakukan
namun
aku sedar ianya untuk mendidikku
untuk mengajarku
menjadi insan yang berguna

dia
yang selalu menjadi kawan menangis
yang selalu menjadi kawan ketawa

dia
tidak pernah lokek dengan senyuman
membuat hati ini sering gembira

dia
yang sering memikirkan aku setiap masa
yang mendahulukan aku dalam segala perkara

dia
yang ku kenal
itulah bonda dan ayahanda
adakah mampu ku balas segala jasa
mampukah aku berbuat seperti mereka

ya allah
kau limpahkanlah rahmat ke atas mereka
peliharalah mereka
sebagaimana mereka memelihara
aku satu waktu dulu

mak ayah
ampunkan dosa anakmu ini
kiranya ada tersalah kata
halalkanlah makan dan minum anakmu ini
tidak terbalas kukira jasa mereka
tidak dapat dibayar dengan wang ringgit

semoga aku mampu
menjadi seperti dia
kepada anak-anakku nanti...

Read more...

Awas penipu.... Berhati-hati...

dh lama x wat entry... so utk kali ni, aku rasa ada satu info yg agak menarik utk korg sumer...
especially to those yg suka beli barang melalui mudah.com lelong.com.my and bid online...

bukan x elok... tapi rasanya better berhati-hati...

aku petik ni dari forum fotomedia yg asal 

___________________________________________________

Di sini aku ingin berterus terang kepada otai2,senior2,junior, termasuk diri aku sendiri.

Al-Kisahnya begini....

Pada 17 Ogos 2009, aku telah mengiklankan diri aku sendiri untuk membeli Nikon D90 dengan harga Rm2k-Rm2.5k body saja dalam mudah.com sebab aku bkn ada modal sgt nk beli baru masa time tu.

pada 19 Ogos 2009, aku terima sms dari Enouch Sathes Kumar a/l E Sivakumar kata dia nk jual dia punya D90 dgn harga rm2k. Pastu apalagi aku, melompatlah sebab murah..huhuhuhu... aku pun terus lah berurusan dgn Enouch Sathes Kumar a/l E Sivakumar ni melalui sms dan call.

Pada 21 Ogos 2009, aku telah memasukkan rm1.5k ke dlm acc Maybank bapa saudara Enouch Sathes Kumar a/l E Sivakumar sebab aku masa tu time keje, nk g CIMB bank mmg x leh kuar. masa tu 3.30 ptg. Aku pun bank in. pastu aku sms kata dah bank in. Dia tak reply. Sampai pukul 5 ptg aku call x pick up, aku sms x jwp. pastu aku msg kat dia tanya ada masalah ka? Pastu dia call aku kata D90 dah pos. So aku minta tracking no dan dia kata no tu tinggal kat umah dia. So mlm dia akan bagi. Aku kata alright. Pastu mlm dia antar msg kat aku say sorry kata bapa dia tak pos sebab tak sempat ptg td. Aku apa lagi. Angin satu badan. Aku warning dia jgn main2 dgn aku. Dia kata pagi esok awal dia akan pos. Aku kata pagi esok tepat pukul 9 pagi aku nak dia pos.Dia kata ok jangan risau abg.

Pada keesokkan harinya, aku msg kat dia kul 8 pg remind dia utk dia p pos tapi dia tak reply. kul 9 pun dia diam. Pastu kul 12 tghari dia call aku kata dia on d way p pos. Pastu aku kata mana tracking no. Dia kata jap dia msg. Aku tunggu sampai ptg dia tak bgtau. Aku msg kat dia lg tanya tracking no tapi dia x angkat or reply msg aku. Aku dah rasa dia ni nk tipu aku. Pastu keesokkan harinya aku pi opis dan aku mula jadi FBI. Aku siasat melalui acc Maybank dan Acc CIMB dia. Maka aku telah dpt semua detail seluruh family dia dan bapa saudara dia yang aku bank in duit tu. Apalagi aku terus dapat no tel bapa saudara dia. Aku call bapa saudara dia dan bapa saudara dia ckp depa semua ni keluarga baik2 mana mungkin dia akan buat kerja tipu org nih. Aku terus bgtau bapa saudara dia yg dia ni mmg dah cuba tipu aku. Aku suruh bapa saudara dia call tabya sendiri thambi ni ttg D90 dan duit aku tu. Dlm masa yg sama aku msg segala alamat dia dan bapa saudara dia dan seluruh ahli keluarga dia pada thambi dan dia terus call aku dan minta aku jgn libatkan family dia dan jgn bgtau family dia ttg aktiviti dia. Dan dia janji akan bagi blk duit aku. Aku bg no acc aku dan dia janji akan bank in secepat yg mungkin. Aku tunggu punya tunggu tak sampai2 duit aku. Pastu aku call dia dan tanya dia nk bayar ke tak? Klu dia ada kamera, just pos saja tak perlu nk bank in duit aku klu duit tu dia dah guna. So dia kata kamera dia ada. Dia akan pos D90 kat aku tapi dlm masa yg sama dia kata duit dia dah transfer melalui CIMB Cliks ke M2u makan masa 3 hari rm1500(kira dia dah tranfer lah katanya) dan dia minta aku bagi balik duit dia bila kamera aku dpt. Aku kata ok no hal. Aku tanya dia kurier mana dia nk guna utk pos kat aku. Dia kata Secure Xpress Kluang. Aku tanya bila dia nk pos, dia kata on d way..

Dalam masa dia on d way, aku telah call Secure Xpress Johor(no dpt dr Telekom 100) dan aku bgtau staff situ nama siti agar tunggu kejap lg ada org akn pos kamera kat aku. Dan siti tu kata ok. Bila Enouch Sathes Kumar a/l E Sivakumar tu sampai jer kat Secure Xpress, dia dah bg tracking no pada aku dan dia pun blk. Dalam masa yg sama dia pesan pada siti suruh sampai lambat pun tak pa kamera tu. Aku terus call siti tu tanya ada tak kamera. Siti kata ada, aku tanya dia kotak macammana ringan ke berat? Siti kata ringan jer. Aku suruh siti buka kotak tu dan siti kata tak berani sebab salah buka brg pasal depa dah seal. Aku kata tak pa buka jer aku tak akan libatkan dia dlm situasi ni. Dia pun buka dan bgtau aku kamera apa ni abg. Aku tanya dia ada tulis Nikon D90 tak? Siti kata tak ada la abg.Yg tulis HP Photosmart dan buruk. Siti tu sempat kata kamera saya rm400 lagio elok pada ini abg.heheheheh... Saya kata ok takpe. Saya tanya siti ada hp dan boleh MMS tak? Siti kata ada dan aku minta dia tangkap gambar kamera tu dan mms kat aku. Dia pun buat dan sent kat aku. teng teng teng... NIKON D90 LIMITED EDITION MCM BUTET PUNYA... HEHEHEHEH JGN MARAH BRO BUTET....

Aku kata cilaka budak ni main2 dgn aku. Aku terus call dia dan ucap terima kasih kat dia sebab dah pos kat aku. pASTu aku warning dia. Aku kata macam ni. "Enouch Sathes Kumar a/l E Sivakumar ... kalau kamera D90 yg i order tu sampai, i akan bank in kat u baki rm500.. tapi klu bukan D90, u siap dgn i, i x akan lepaskan u(sebab aku dah tahu dia pos LIMITED EDITION)HUHUHUHU... Dia terkejut sebab aku kata mcm tu dan dia kata betul abg saya pos dah dan akan sampai 3 hari. pastu aku gelak kat dia dan kata tq tq tapi ingat klu buka siap ko dgn aku.

Malam tu aku kacau dia lagi.. aku kata D90 Limited Edition dah sampai kat aku tanpa melalui kurier, aku kata kawan aku bawa dari Kluang dtg kat aku. Dia gelabah biawak dan janji dgn aku akan bagi blk duit aku. Aku kata aku bg peluang sampai esok saja. klu duit aku tak dapat, aku aklan repot polis dan amik tindaklan lawyer. Dia kata jgn buat mcm tu abg. saya janji akan bagi blk duit abg. Aku kata ok dan jgn main2 dgn aku. Aku kata kat dia dgn umur 20 tahun masih beringus dah pandai nk belajar tipu org. Aku kata jgn cuba bermain dgn aku.

Pastu aku tunggu punya tunggu dia masih degil dan tak bagi blk duit aku. Aku tertekan. Aku terus buat repot polis bila kamera tu sampai keesokkan harinya. Yang bpodohnya thambi ni. dah la nk tipu aku, pos juga kamera LIMITED EDITION, pastu letak pula alamat rumah dia kat Tracking No tu. Ish3x bodoh piang. Aku buat repot dan polis tu kata kes ni kategori 420 kanun kesiksaan kesalahan menipu dan kes ni kes jenayah komersial makan masa. Aku kata ok lah nk buat mcmmana.. aku pun diam bagi polis buat kerja.

Pastu aku dah hilang rm1500 dan aku tension takleh beli D90, tup2 aku tgk dlm mudah.com ada org nk jual D60 rm1650 body saja. Aku pun call dia dan set time nk beli D60. Saja nk tambah yg sedia ada.La dah jual tinggal 1 jer lah D60. Aku pun beli kat dia dgn harga rm1350 di sg petani pada 31 Ogos 2009.

Dah lama berlalu dan aku tak amik kisah dah tentang duit tu.. tiba2 aku buka forum dan tgk ada tajuk panas ... sudah kena tipu... aku terus baca dan aku terkejut lelaki yg kena tipu tu adalah insan yg aku beli kamera dia iaitu Naz Gurun. Argghhhhh...
Aku membara kerana dia ditipu oleh org yg sama. Apalagi aku terus bertekad akan banteras thambi ni secepat yg mungkin.. Aku jadi FBI semula. Aku mula hubungi thambi ni dan kata dia dah tipu kawan aku iaitu Naz Gurun.Dan aku dah bgtau dia aku akan cari dia sampai lubang cacing sebab aku yakin klu aku tunggu tindakan polis pastinya duit aku tak akan dpat semula. So aku x bgtau dlm forum kata aku kena sama sebab aku nk tgk bopa ramai yg kena tapi tak de respon. Hanya Naz sorang saja yg lain tak dapat di cari. Tujuan aku ialah utk sama2 p rumah dia. Aku pun ajak Naz p sana tapi Naz kursus di langkawi. Tapi takpa aku minta Naz buat repot polis dan bg salinan kat aku dan aku akan bantu dia dptkan wang kembali sebab aku nk turun Kluang Johor khamis lepas. So naz pun buat repot dan dia serah salinan kat aku.

Tarikh 10 Sept tepat jam 10.30 mlm aku nek bas terus ke Kluang. Aku call insan FMDC Johor yg bernama Fadle utk bantu aku esok pagi bila sampai Kluang dan dia kata dia ada program pagi. Aku kata ok dan dia janji akan dtg juga tgk aku time dia free. So aku pun call Bro Salmi juga FMDC Johor dan dia kata ok boleh amik aku n bawa p umah thambi tu. So aku sampai Air Itam kul 7 pg dan tunggu Fadle mai amik aku. Tepat kul 8 dia dia sampai dan bawa aku p Kluang. Perjalanan makan masa dlm 40 minit juga. masa nk cari rumah, aku call Fadle sebab dia tahu lokasi rumah tu. So jumpalah rumah suspek dan tgk myvi hitam JLR 8569 ada parking kat luar rumah. Dlm masa yg sama anjing tinggi paha pun dok parking depan umah dia juga. Aku, bro Salmi dan Isterinya yg tercinta dok dlm keta dok fikir nk buat apa. Aku apalagi tgkl anjing tu berantai, so aku keluar kereta terus tekan loceng byk kali dgn tujuan nk bg thambi buka pintu tapi no respon. Pastu bro salmi pun kuar keta juga. kami tgk ada jiran selalng sepintu dri umah dia sdang ushar kami. Dan kami pun p jumpa dia dan tanya ni rumah |Thambi ka dan dia kata ya. Aku dan bro salmi pelkenalkan diri dan bgtau aku dtg dari kedah ada tujuan.Dan jiran tu tanya aku kenapa? Aku kata aku kena tipu dgn thambi rm1500 dan dia tak percaya. Dia kata depa tu keluarga baik2. Mak bapa cikgu dan masyarakat disitu menyenangi sikap keluarga tersbut.Aku tension la jiran ni dok berleter kat aku. Pastu aku tanya dia kat mana bapa dia dan dia bgtau kat sek men depan tu skit jer bapa dia mengajar kat situ. Aku dan Bro pun p sek tu dan cari bapa dia. Dan bila bapa dia sampai, mmg tepat jiran2 tu kata org baik2. Mmg dia terima kehadiran kami dgn penuh sopan dan tenang bila kami tanya hal anak dia.Dia terus ajak kami balik rumah dan kami pun ikut. Bila sampai kat dpn umah, dia pun masuk dlm rumah dan gerak thambi bangun tidur,dan dlm masa yg sama Bro Fadle pun sampai dan kmi bersalaman. pastu bapa dia keluar kata budak tu tak berani keluar,takut kat aku, Bro Salmi dan Fadle. Bapa dia terkejut dan tak sangka anak dia boleh kerja tipu org sebab dia bgtau dia buat bisnes minuman. Aku gelak bila dgr bisnes minuman.Aku kata kat bapa dia bkn minuman, dia buat bisnes tipu org. Bapa dia kata macam ni anak2 bila tak jaga betul.Aku sedih juga bila bapa dia kata mcm tu. Pastu dia masuk dalam rumah semula dan aku tak tau apa yg dia buat kat anak dia dan dia keluar semula bawa duit rm1500 untuk ganti semula duit aku dan amik salinan repot polis aku dan Naz utk dia simpan. Aku minta duit Naz dan dia kata ini pun dia ganti duit aku melalui duit gaji dia. Pastu ttg duit Naz dia akan suruh anak dia bayar balik dgn segera dan klu tidak dia akan biar anak dia kena tangkap dgn polis. Pastu dia pun bagi blk duit aku rm1500 dan duit Naz akan settle esok Ahad.

Akhir kata...
Dapat ja duit, aku, salmi dan fadle pun pulang. Aku lega sebab dapat blk duit aku d atas usaha aku dan aku harap sapa2 yg kena tipu dgn org ini agar terus pergi kerumah dia dan pastinya duit akan dpt kembali. Dia ni penakut rupanya. Muka dia sampai tak boleh tgk langsung.Dok dlm rumah senyap.dan ini secara rasminya bapa dia dah tahu aktiviti anak dia dan bapa dia salin baju pakai seluar pendek dan t shirt tanda mmg tak p sekolah dah hari tu.mungkin dia nk belasah anak dia kot. Aku pun masa nk balk aku bisik kat bapa dia kata dlm masa 6 hari, anak dia telah perolehi wang rm10700 hasil dari aktiviti penipuan ini dan bapa dia melopong juga lah.

Disini aku mengucapkan jutaan terima kasih pada Bro Salmi dan Bro Fadle yg sanggup turun padang utk bantu Insan kerdil seperti saya ini. FMDC JOHOR SEMPOI...

Dan juga tidak lupa pada semua rakan2 forum yg sama2 memberi semangat dan cetusan idea utk banteras jenayah penipuan ini.

p/s : Berita terbaru saudara marzuki 013209 7789 dari Melaka telah hubungi saya tadi dan kata dia juga kena tipu dgn org yg sama dan dia on d way p Kluang mlm ni juga. Dia kena tipu pembelian radio amatur rm800 dan brg x sampai2.Mungkin mlm ni dia dpt duit dia. Insyaallah..

Jadi kepada yg telah kena tipu, pastikan anda beringat dan jgn kena tipu lagi dan segeralah ke rumah Enouch Sathes Kumar a/l E Sivakumar No 12 A, Jalan Azam 13 Tmn Sri Lambak Kluang Johor utk amik kembali duit sebelum dia kena tangkap polis

Inilah kisah dari saya dan saya yakin boleh buat drama pendek seperti yg dicadangkan. Boleh saya bantu dari segi persembahan.huhuhuhu

_______________________________________________

semoga anda mendapat pengajaran.... kalo nk baca lebih banyak,, bley pergi ke sini...http://forum.fotomedia.com.my/showthread.php?t=8241&highlight=tipu&page=2

Read more...

April 1, 2010

Sukan

br jer abih sukan skolah... n baru nk tarik nafas.....

Read more...

March 27, 2010

toy baru...



dh lama ku simpan n pendam hasrat ini....

akhirnya tercapai jua...

terima kasih sayangku...


Read more...

March 16, 2010

Solat itu buang masa ???

sekadar renungan...

SOLAT ITU BUANG MASA?


Ustaz Hashim sedang memberikan taklimat awal kepada para peserta kursus Modul Solat yang dijalankan oleh saya dan teman-teman di Fitrah Perkasa

Malam ini saya di UIA Kuantan, untuk berkongsi ilmu dengan saudara/i kita di sana dalam tajuk: MUKMIN PROFESIONAL. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan untuk meuar-uarkan gagasan ini.

Mukmin Profesional yang telahpun dijalankan dalam bentuk program dan modulnya sejak 7 atau 8 tahun yang lalu di pelbagai agensi korporat oleh Fitrah Perkasa Sdn Bhd. adalah satu proses “rebranding” (penjenamaan semula) imej umat Islam yang negatif di mata dunia.

Untuk anda sahabat-sahabat yang setia mengikuti kembara Gentarasa – saya ketengahkan satu tulisan untuk dijadikan bahan fikir dan zikir – solat pada pandangan bukan Islam dan orang Islam sendiri. Marilah membacanya dengan nama Allah…

SOLAT ITU BUANG MASA?

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya ? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya . Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.


SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.



“Mengapa?”

“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?”
“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!


Read more...

Mak...

mel from friend.......

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari.... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SAPALA KITA...TUL TAK????


Read more...

March 14, 2010

Batu Maloi the ReTurN

dh lama x wat entry nie. maklumler... mmg busy sesangat. mask bln 3 jer, jadual aku mmg pack giler... awal bulan start dgn pertandingan kompang n paluan formasi.abis tue bawk bdk p camping.pastu ujian tara.dlm masa yg sama aku kena prepare analisa upsr + unjuran 2010.time cuti plak hantar data upsr, since aku su upsr.naik cuti merentas desa.latihan kebakaran lagi blum wat... pastu sukan sekolah, sukan mssm... pergh... aku rasa masuk bln 4 br jadual normal balik... aahahha

okey.. kali ni nk citer pasal camping.aku wat kt pusat biodiversiti batu maloi, johol n9.kawasan ni kt bawah jagaan perhilitan n9.last aku dtg sini masa aku blajo dulu, tahun 2006-2007.aku perati x byk yg berubah dlm kawasan ni.org sahaja yang berubah...

okey, kt sini tarikan utama ialah gua.gua sini xsefemes gua niah.... sini gua batu granit.dulu ia kawasan aliran air or sungai.lama-kelamaan ia kering n yg tgl hanyalah laluan sahaja.so, bongkah-bongkah batu tu tersusun n terbentuk satu laluan or gua di bawahnyer...

nest, korg perati gambo n aku citer based pd situ...


yg ni merupakan tanda di pintu mula2.sorry, back cahaya matahari...


yg ni dlm perjalanan ke sana.hujan agak lebat... tp alhamdulillah sepanjang program xder la hujan lebat sgt...


baru sampai.sumer sekali 2 trak yg membawa lebih kurg 71 org murid...


proses pembahagian kumpulan


sampa2 jer... trus makan.pergh.. mewah beb... 6 kali sehari... xpayh pening kepala.ader org yg masak... bley tumpu pd aktiviti.aktiviti pun, org perhilitan yg handle... mmg rilek


sebelah malamnyer, sesi penerangan tentang flora n fauna.ader tayangan video lagik... dulu pake slide pusing.skang dh pake lcd beb....


sesi merentas hutan n sungai.aku ikut kumpulan nie.so sampai ptg aku stick dgn derang.


selingan...


antara bukit yg perlu didaki... tinggi lbey kurg 100 kaki dr aras laut...


ini semut hutan.mcm semut ipoh.mmg besar.lbey kurg 5 cm x salah aku.tp xberbisa. dia akan menggigit jika diganggu.


korg tau kan, kulat gano yg wat ubat tue? ni ler kulatnyer...


kesian.dulu kawasan ni hutan hijau.masuk bharian aritue... org asli dh teroka kawsan nie.wat kawasan pertanian.


berhenti kejap mendengar penerangan drpd pegawai perhilitan.


ni ler batu maloi.mmg tinggi.kalo ikut cerita org asli kt sini, kt batu ni ler dulu seorang pemuda bernama maloi menunggu kekasih dia yang merupakan seorang puteri bunian.


aku x igt nama bunga nie.tp mmg cantik kan ?


masa datang ikut darat.masa balik ikut anak sungai lak...


seronok betul derang ni dpt jumpa air.kalo bley nk rendam lama2.ni ler budak.... cikgunyer pun sama gak nk berendam.


rama2 nie melekat kt cap aku.dh terbang, tp dtg balik.... cantik kan ?


aktiviti pandu arah.ajar guna kompas dlm masa 1/2 jam.dh tau carik jalan.abis sumer paya derang redah... nasib bek tgh musim kering... xder la basah.


ni pokok pisang hutan.apa beza dgn pokok pisang biasa ???

ni jalan turun.dasat tul bebudak nie.x takut langsung.abis sumer pokok derang redah.yg kt belakang tue, cikgunyer... budak dh lepas ke bawah.cikgu plak yg takut.... huuhuhu

aktiviti jejak kelawar.bergantung sepenuhnya kepada deria dengar n rasa.kena percaya pd kawan depan.membentuk keyakinan diri...

dh tutup mata, kena jalan ikut tali plak.

kalo yg depan terbabas, abis sumer yg kt belakang tue.


taklimat ringkas sebelum ekspedisi ke dalam gua.


pintu masuk gua.


laluan mmg mencabar.


pergh.. aku hampir sangkut kt lubang nie.kecik giler...


puas....


kalo x kuat semangat... mgm xlepas...


rehat kejap.kt belakang lelaki bj hijau tu dikatakan sampan maloi yg disumpah menjadi batu... mmg npk sebijik...


amik nafas jap....


kt sini ler jalan keluar terakhir....



tergambar kepuasan kt muka memasing...


aku bawak bebudak nie dgm bayaran serendah rm40 jer... utk 3 hari 2 malam.aktiviti sumer derang handle.mmg puas.bebudak aku siap ajak pegi lagi.derang mmg ler seronok.cikgunyer yg sangap... ahahha

kalo korg minat nk explore gua jer, x salah aku derang wat pakej satu hari rm 15 jer termasuk makan... korg cek ler kt site jabatan perhilitan n9, or korg msg aku kalo nk tau lebih detail.dijamin puas hati...

Read more...