April 15, 2010

dia


dia
sejak kecil yang mengajar erti abc
sejak kecil mengajar apa itu alif ba ta
sejak kecil mengajar erti kasih sayang


dia
sejak kecil yang sering menegur
atas segala kesalahan dan kesilapan
yang aku lakukan
namun
aku sedar ianya untuk mendidikku
untuk mengajarku
menjadi insan yang berguna

dia
yang selalu menjadi kawan menangis
yang selalu menjadi kawan ketawa

dia
tidak pernah lokek dengan senyuman
membuat hati ini sering gembira

dia
yang sering memikirkan aku setiap masa
yang mendahulukan aku dalam segala perkara

dia
yang ku kenal
itulah bonda dan ayahanda
adakah mampu ku balas segala jasa
mampukah aku berbuat seperti mereka

ya allah
kau limpahkanlah rahmat ke atas mereka
peliharalah mereka
sebagaimana mereka memelihara
aku satu waktu dulu

mak ayah
ampunkan dosa anakmu ini
kiranya ada tersalah kata
halalkanlah makan dan minum anakmu ini
tidak terbalas kukira jasa mereka
tidak dapat dibayar dengan wang ringgit

semoga aku mampu
menjadi seperti dia
kepada anak-anakku nanti...

No comments: