b0r0i - View my recent photos on Flickriver

May 17, 2009

Guru oh guru

Guru lah yang mula mengajarku kenal apa itu ABC,
Gurulah jua yang mengajarku kenal apa itu BOLA,

Gurulah yang telah mengajarku ilmu matematik,
Gurulah yang telah membisikkan kata perangsang dalam diriku,

Kini aku jua bergelar seorang guru,
Menyambung perjuangan membentuk generasi bangsa...

dari pagi semalam aku msg x brenti masuk.kengkawan sumer wish hari guru... aku pun x lupa gak balas balik pd sumer... kesempatan ini, aku ucap juga selamat hari guru untuk semua yang bergelar pendidik. aku letak sajak hasil nukilan sasterawan negara, Usman Awang disini...


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

No comments: