Bukan nk kata.... tapi di Semenanjung ni alhamdulillah, semua ceruk negeri aku dh masuk @ lalu... masa kecik2 dulu, mmg orang tua aku rajin bawa kami adik-beradik berjalan time cuti... dari sana banyak benda aku belajar.... bukan setakat berjalan jer... kita dpt tangok tempat orang, pe'el org n mcm2 ada... Sabah n Sarawak je blum sampai...
Lepas kahwin, salah satu minat aku n wife ialah berjalan... kalo ada kesempatan, mmg kitorang pusing n round... tahun lepas kitorg tour Singapore... tahun ni kitorg plan ke MEDAN-Danau Toba. Apa yang best kt sini... korg follow story nie...
well, nk jadik citer... kitorg gerak pagi 29hb.giler awal kluar dr umah nk sampai ke LCCT punyer pasal. flight kul 8.40 pagi... kul 5 dr umah... awal beb... sampai kul 6.59am.. ngam2... lepas check-in... kitorg pun tgu ler kt atas... kitorg ni skema, tgu notis kuar kt board... nama Medan ada, tapi status x update langsung... so dlm 8.15 kitorg gamble turun bawah... baik nyer duk kt depan pintu gate... kul 8.30 x kuar apa2 lagik... aku pun g ler tanyer... dia cakap... sumer dh masuk flight.. ah sudah... per hal.... status x update langsung... tau2 jer trus kuar DEPARTED.... mak aih.... punyer ler panas... xder pengumuman langsung... ampes tul... terpaksa ler naik atas... beli tiket baru... kul 1 lbey nyer... kul 10 trus check-in... tarak tunggu lama punyer trus masuk balai berlepas... bak kata nan sempit, don't want banana fruit two times....
kul 12 lbey, naik flight... dlm kul 1.45 lbey kurg bergerak meninggalkan Malaysia. Trip dlm 45 minit jer... so gerak kul 1.45, mendarat di Polonia International Airport dlm kul 1 lbey gak.... ahaha pasal kt sana, dia lewat 1 jam ke belakang... even sampai kul 1 lbey, tp dh kira mcm kul 2 lbey waktu Malaysia. lepas cek kastam bagai, kuar dr airport mata aku melilau carik sign nama aku... mcm kelakor plak... rupernyer agen sana dh tunggu. dia tlg pickup jer pasal agen yg sepatutnyer amik kitorg dh gerak pagi tadi. dia tgu kitorg kt Danau Toba nanti.
First destination, isi perut dulu di restoran minang. makan nasi padang. korg tau kan mcm mana stail makan ? lauk-pauk sumer dh siap... korg tgl makan jer. pasal lunch ni dh kira dlm pakej sekali, rasa rugi lak kalo x rasa sumer. tp perut aku x braper sedap, so kitorg makan yg mampu jer. senang kalo amik makan sekali. tp kalo korg xnak pun bley. dia akan kira yg korg cuit jer. walaupun amik kuah jer... dia akan kira satu piring. satu piring dalam 10 ribu ker 20 rupiah. sini main riban2 jer... pening gak kitorg nk kira mula2. lepas makan n solat kitorg sambung perjalanan ker tasik danau toba. satu benda yg aku notis kt indon nie... setiap restoran pasti ada surau kecil. masijd pun x brape besar, tp sentiasa penuh. lain kt Malaysia nie, masjid cantik2, tp xrame yg guna... huhhu
sepanjang perjalanan dari Medan ker Danau Toba mmg menarik. yg pertama sistem tiket tol dia tekan butang. masuk highway ada tol, tp stesen yg pertama, kalo kt negara kita pake org bagi tiket, tp dia tekan tombol@butang untuk kluar kartu@tiket. dasat tu.di kaki lima jalan Medan, rame org jual jajan@makanan ringan. asal ada keta berenti jer dia akan ketuk tingkap... kalo naik becak@beca motosikal lagi best. kalo nasib, ader org datang bawa gitar nyanyi. lepas tu mintak uang. ehehhe.tp tu ler kt indon rakyat nyer ramai, tp peluang kerjanyer kurang. syukur kita lahir di Malaysia yang makmur. drive kt sini plak mmg menggunakan hon kenderaan sepenuhnya. kalo nk potong dia akan hon, so org depan akan ke kiri sket. kadang jalan 2 lane, bley jadik 3 pasal dia akan nyelit kt tengah2. even begini, jarang berlaku eksiden. jalannyer pulak, korg bayangkan jalan yg teruk pernah korg lalu, jalan kt sini, lebih teruk dari itu. berlubang2 n selalu ngelak lubang, kitorg dalam van dh sempit, tergoyang2. bley patah pinggang.huhuhu.dari Medan ke Danau Toba ada ler dalam 4-5 jam. jalan plak... huhuhu dasat...
in the middle, dia stop kt satu tempat. Permatang Siantar.bley ler rilek jap.dia stop kt satu IKS yang berasaskan kacang.kt sini terkenal dgn snek tang-tang,teng-teng,tec-tec dll.dia wat jajan drpd kacang.mcm kuih kacang kita.lepas tgk2 kitorg sambung perjalanan.
dlm kul 9 lbey... sampai le kt Danau Toba. pasal sampai malam, x dpt ler nk tgk pemandangan tasik yg indah. tour guide kitorg yg sepatutnya amik pagi tu, dh tgu di sana n bawa kitorg ke hotel yg mmg dh travel agen tu pilih. hotel dia pergh.... tepi tasik beb... mmg cantik scene. sampai2 jer... kitorg letak beg n dinner dulu. style kt sini, kalo group x rame, dia akan serve dalam piring kecil. mlm tu ada ler 2-3 lauk. mcm makan kt umah plak. kalo kt Malaysia, sumer hotel akan buat style buffet, tp tidak di sini.sebelum balik ke bilik waiter di restoran hotel tu tanya nk makan apa tuk bfast.... kitorg pilih nasi goreng ngan teh.mlm tu tido x hengat nyer.... dpt luruskan badan, fuh... lepak giler....
scene pagi mmg cantik... bfast plak ngadap tasik... fuh nyaman sik....
TG kitorg dtg amik dlm kul 7.30, pagi.kitorg berkumpul sekali dgn group lain.masih dlm agen yg sama... Lovely Holidays.kami naik bot ke Pulau Samosir, Perkampungan suku Batak.Suku Batak ni merupakan antara suku yang mula2 menetap di Kepulauan Sumatera Utara, Indonesia.ader leby kurg 5-6 etnik, Toba, Simalungun, Maindailing, Karo, Pak Pak n Angkola. di Danau Toba ni kebanyakanyer dari suku batak Toba..luas pulau ni bersamaan dengan saiz Singapura.n Tasik Danau Toba ni merupakan tasik yg terbesar di Asia Tenggara.perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit.dalam bot, ader 2 org anak kecil membat persembahan.biasa ler, lepas selesai, dia hulur topi minta tip.bg jer lar... dlm 2-3 ribu rp.
kami menuju ker perkampungan pertama, kampung Ambarita.di kampung ni terdapat satu kawasan yg dinamakan Huta Siallagan, maksudnya, perkampungan keluarga Siallagan.disini ketua kampung dipanggil raja.masih terdapat binaan rumah batak yg lama.kawasan ni macam muzium.disini, kami melihat rumah batak lama dan kerusi batu.kerusi batu tempat pancung kepala.dulu2, orang batak makan orang.tp skang xder lagi.kepala yang dipancung ialah pengintip daripada kampung lain or orang yg sekodeng bini raja.dia ada wat demo menggunakan anak drpd kampung ni gak.dlm kawasan ni ada byk gerai.tp korg kena berhati-hati.rega setiap gerai berbeza-beza.kalo xnak kata xnak.mereka akan dtg dekat dan menarik korg ke gerai mereka.kena keras kalo xnak.kalo x, mmg susah di nk lepas.korg kena pandai tawar n tgk rega.
kluar dr kampung ni, kami menuju ke kampung Tomok.di kampung ni ada makam raja2 yg lama.TG menceritakan kisah di sebalik setiap makam.kt sini pun ada byk gerai gak.aku nk beli baju, tp tetiba ternampak anjing lalu di kawasan sempit depan baju2 nie.langsung x jadi beli.mana ler tau, dia lalu, pastu gesel badan kt baju, dh kena samak... aduyai... kalo sampai sini, korg kena perati kawasan betul2.dh naik bot pun, pernjaja nie tetap kejar korg.hati2 ek...
kluar drpd kawasan kampung nie, kami menuju ke jeti balik semula ke Parapat.sebab dh tengahari, kami terus lunch di kedai makanan halal.biasa ler... nasi padang gak.layan jer.lepas makan solat, kitorg sambung perjalanan ke barastagi.berastagi merupakan kawasan peranginan yang sejuk macam Cameron Highland.
sepanjang perjalanan mata kami dihidangkan dengan pemandangan yagn menarik.mmg cantik.kami stop kejap di Tanjung Unta.TG kami menunjukkan satu tanjung yang berbentuk seperti bonggol unta.maybe dr sini nama Tanjung Tnta diperoleh.kawasan ini merupakan kawasan penanaman kopi, kulit kayu manis dan sedikit buah-buahan.kt sini juga minyak kayu putih dihasilkan.
kami berhenti di puncak gunung Simarjarunjung, lbey kurg 1600 kaki dari atas laut..di sini ada satu restoran hotel yang menghidangkan teh halia dan pisang goreng panas.aku tgk ramuan dia terdiri daripada, serai, halia, buah karas, bunga lawang, kulit kayu manis dan gula merah.lps tgk ramuan dia, x berani aku try minum.ikut kata TG kami, minuman ini berkhasiat untuk menghilangkan angin dalam badan.kt sini view dia, pergh.... mmg cantik...
kitorg sambung trus journey ker satu kawasan air terjun yang merupakan salah satu punca air danau toba.kami melalui Permatang Purba yang merupakan kawasan pertanian yang terkenal, Bandar Hinalang, pekan Seribu Dalok. akhirnya, kami disambut oleh bukit Simarbalatuk dan air terjun Sipisopiso berada di sebaliknya.air terjun ni lbey kurg 100 kaki.mcm niagara fall plak.air terjun ni terletak berhampiran kampung Tongging.
kemudian, kami menyambung perjalanan ke Berastagi.kami melalui kawasan Simpang Pokan.disini terkenal dengan keenakan limau manis.limau kt sini dipanggil jeruk..kalo korg mintak jus limau, dia akan blend dr limau manis n bukan dr fresh orange mcm kt Malaysia
akhirnya kami sampai ke Pekan Berastagi.ia terletak di antara dua gunung, gunung Sibayak dan Sinabong.ia berada pada ketinggian 1400m dr aras laut.kami menginap di hotel Green Garden.kt hotel ni xder aircond.mcm kt Cameron Highlands.mmg sejuk giler.kipas pun xder.mlm tu mmg lena tido.
lepas sarapan, kami sambung perjalanan balik ke Medan.lbey kurg 60 km jer.tp mengambil masa dlm 2-3 jam sebab keadaan jalan berliku-liku, lbey dasat drpd jalan Tapah-Cameron.dia punyer korner 360.kalo selisih dgn lori lagi ler.kami melalui kawasa hutan bukit barisan.kt sini ada satu kilang memproses air mineral yang terkenal kt sumatera utara, Aqua, Danone.mcm nama biskut jer.
sepanjang perjalanan aku npk gerai bernama DoorSmeer.aku tanyer TG,rupernye, pinjam dr ayat belanda, maksudnya Car Wash. kami melepasi kawasan Sibolangit yang terkenal dengan durian.durian kt sini mmg sedap n dia asli.xder kacukan mcm kt Malaysia nie.akhrinya kami sampai ke bandar Medan.kami dibawa ke Lovely Galleries.ia merupakan rumah yang menempatkan segala bentuk cendermata yang dijual oleh agensi travel ni.
then, kami lunch di lubuk idai.sebuah restoran yang menghidangkan ikan nila bakar dan ayam panggang.mmg unik sebab ikan dia diperap macam ayam percik.ikan nila=ikan tilapia.pergh... masyuk....
lepas lunch, kami ke Istana Maimon.ia merupakan tinggalan akhir sistem beraja di Indonesia.selepas republik ditubuhkan, kuasa raja telah dihapusakan dan kt sini hanya tinggal waris drpd Kesultanan Melayu Deli, yang bersaudara dengan sultan di Malaysia.sedey gak tgk keadaan mereka.istana in sebahagian digunakan untuk pameran dan sebahagian lagi masih dihuni oleh waris sultan.
kemudian, kami ke pasar ikan utk bershopping.ini merupakan surga untuk wanita.eheheh banyak kain dan baju yang dijual.isteri aku beli telekung untuk dipakai sendiri dan cendermata kepada family.mmg rambang mata beb.
then kami ke Medan mall, pasaraya ketiga terbesar di kota Medan selepas SOGO dan Carrefour.br dpt rasa aircond kt sini.sebab lapor, kami masuk kfc.minum fresstea n twister.kt sini rega twister 9 ribu rp, lbey kurg 3 henggit jer duit kita... ahahah kalo kt sini, twister rega 7 henggit.kitorg sempat pusing cr tshirt n masuk pasaraya dia.tk pasaraya dia, aku beli air kotak...tp straw tk air kotak tu dh dicabut.aku pun plek.aku tanyer budak kt situ, mana straw? dia mcm blur, xtau straw apa.biel aku ckp yg cucuk buat minum, dia kata "ooo pepet, amik di kaunter pak".pastu dia gelak... ampes... straw tu bukan universal ker....???
kuar dr Medan mall, kitorg ke hotel utk malam terakhir di Medan.Garuda plaza hotel.mmg gah.hotel 3 bintang, tp facility 4 bintang.penat punyer pasal, mmg lena kami tido mlm tue.kt bfast best.sebab dia wat style buffet.sebelum ni sumer hidang.masa bfast nie, ader wat bubur.aku npk mcm sup, nama dia kaldo ayam.aku amik ler yg macam cakoi n letak dlm sup tue.pastu aku tanyer waiter tu, kaldu tu apa.dia ckp kaldu tu, air rebusan ayam.mcm pati lbey kurg.makan dengan bubur nasi.kira mcm perasa dia ler.ooo... br aku tau.
lepas bnfast, kami pack barang n ready ke airport.buah tangan terakhir yg kami beli ialah kuih bika ambon.mcm bingka, dibuat daripada madu.mmg sedap.jgn lupa cr kuih ni kalo korang ke Medan.sampai time, kami naik flight n trus balik ke Malaysia.
kira berbaloi percutian selama 4 hari 3 malam ni.mcm2 benda baru aku blajo.lepas ni tabung duit lagi.ahahha.g melancong lagik.kalo nk mudah pake travel agen senang....
adios...