January 6, 2009
Cerpen - Palestin, True Story
"Tika blog ini diposkan, suasana pagi di sini amat nyaman sekali. Diselang-seli dengan bunyi cengkerik malam yang melagukan lirik-lirik PenciptaNya. Tika ini juga kupasti penduduk sekitar sedang asyik dibuai lena tahun baru yang penuh dengan azam basi tahun-tahun lepas.
Telingarku dari tadi dilunakkan dengan keasyikan lagu buatan manusia yang tercorong melalui radio bersama dengan irama dan celoteh malam yang penuh kehipokritan dari juruhebahnya.
Tiba-tiba ku terdengar suara rintihan kanak-kanak memekik meminta tolong. Melaung-laung memanggil ibubapa mereka. Kadang-kadang kedengaran suara dewasa bertempik meminta pertolongan. Juga suara rintihan supaya tidak diapa-apakan mereka. Aku buntu mencari punca suara mereka semua. Bukan dah lewat malam sekarang? Mengapa mereka belum tidur lagi? Bisik hati kecilku. Aku tertanya-tanya di manakah mereka?
Aku terdengar lagi. Kali ini bunyi dentuman yang amat kuat yang bersahutan dengan bunyi seperti bom tangan. Aku panik. Apakah yang berlaku di tengah-tengah malam yang ku sangka dingin tadi? Aku bingung. Bunyi dentuman tadi hilang sebentar tapi disusuli pula dengan deruman enjin jet pejuang dan helikopter yang amat bingit. Lagi aku bingung. Sesekali bunyi orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Aku terasyik dengan laungan itu. Mereka seolah-olah memanggil aku. Cuba mengejutkan penduduk di sini. Mereka cuba memberitahu sesuatu. Mereka seolah-olah merintih apa yang mereka hadapi sekarang. Apa yang yang dah berlaku? Tekaku.
Rupanya nun jauh di Semenanjung Gaza mereka tidak tidur. Mereka tidak lena malam ini. Tidak seperti keluargaku yang sedang lena dihanyutkan dengan mimpi-mimpi indah. Tidak senyaman malam kampung halamanku. Tidak pula kedengaran cengkerik menyanyikan lagu-lagu PenciptaNya. Aku tersedar dari lamunanku.
Mereka kini sedang mencari-cari tempat persembunyian tatkala aku di sini selesa di atas kerusi pastik. Mereka kini bersengkang mata menjaga keselamatan diri dan keluarga tatkala aku di sini bersengkang mata melayari internet. Mereka kini sedang mengerang kesakitan dek ditembak peluru-peluru sesat yang sengaja disesatkan Yahudi Laknatullah tatkala aku di sini sedang mengerang sakit pinggang dek kerana terlalu lama mengadap komputer. Mereka kini sedang disajikan dengan bunyi dentuman bom dan senjata api yang entah dari mana puncanya tatkala aku di sini disajkan dengan bunyi radio dengan juruhebah bodohnya. Mereka juga kini sedang takut menyelubungi diri mereka lantaran deruman jet-jet pejuang yang mengganas di sekitar rumah kediaman merka tatkala aku di sini takut lantaran dentuman pintu dapur yang ditolak angin kerana lupa dikunci siang hari. Mereka juga berselimut ketakutan takut-takut askar Yahudi menceroboh masuk bilik-bilik mereka tatkala aku di sini berselimut tebal kerana kesejukan kipas.
Duhai Palestinians...
Aku terjaga kali ini. Aku mendengar malam ini. Aku nampak kamu sekalian malam ini. Aku dapat menyelami kegusaran hatimu itu. Jauh di sudut hati aku mahu berada disampingmu.
Tapi apakan daya, aku hanya dapat menonton keperitanmu dari kaca televisyen sahaja. Tapi bukan paparan utama, hanya paparan sampingan sebelum berita sukan. Aku hanya dapat melihat penderitaanmu dari paparan laman-laman web seadanya. Aku hanya dapat menatap kesengsaraanmu dari hebahan surat-surat khabar sahaja. Itu pun di sisipan kedua setiap akhbar di Malaysia ini. Aku hanya dapat menyaksikan kematianmu satu persatu melalui statistik dunia.
Duhai Palestinians...
Maafkan aku. Memang kita seagama sesaudara. Tapi apakan dayaku. Hanya doa kupanjatkan.
Ya Allah...
Kau perkuatkan keazaman mereka untuk menentang Yahudi Laknatullah.
Kau kurniakanlah kekuatan yang luar biasa untuk mereka menghadapi musuh-musuh agamaMu.
(2009 Copyright mohaz_line@hotmail.com)
Kau syahidkanlah mereka dek kerana mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
Kau berilah kemenangan di akhir episod duka ini. Amin.
Sumber : www.hafizaid.blogspot.com
1 comment:
thanks bro..
Post a Comment