December 30, 2008
Posting....
huhu.. tu dia ayat yg aku dengar time call jpn. sk kem gerak khas ??? ader ek sek camnie... ghupernyer aku kena ajar anak2 pegawai askar n komando kat kem gerak khas sg udang. aku apa lagi.. terus cergas p jabatan amik surat, terus fotosta apa2 yg perlu. ingatkan lapor diri 2hb, rupernyer aka tu bagi skali surat tuk sekolah and suh aku pegi hari ni gak... aduyai... huhu... balik mandi tukar baju... berdesup ke sg udang...
sampai kt gate depan kem, kena amik pass... jd cikgu kena amik pas gak??? oo pastu dia suh amik borg kt pejabat utk stiker n pass tumpang lalu... betul.... x tipu... dlm borg tu sendiri tulis.. sebab tumpang lalu... ngajar la kan... apa lagi
sekolah ok, not bad... x besar sgt n x kecik sgt... sedang2 aja... sembang2 sket dgn pk1 dia... ydp utk pibg pemerintah paling tinggi d kem sg udang tue... so bley ckp org kuat pibg ni sumer power2...
aku kena ajar kh, bm n pjk. pastu kena train budak main bola sepak... huhuhu... bley ker... tgk game bola pun jarang... tawakal jer la...
oleh sebab opsyen kh mmg xder kt sekolah tue, so automatically aku kena jd ketua panitia... lagi haru... amik jer la... nk cepat konfem kan... sok kena dtg balik, ada mesyuarat guru... huhuhu...
aku dh dpt borg tuk pas masukn sticker... mlm nie isi... sok pagi anto... cepat dpt, xder la aku aku asyik memanjat tangga pos guard minta pas sementara.
jauh dr umah aku lebih kurg 30km, and perjalanan lbey kurg 20 minit biasa. jem kalu tbh 15 minit lbey kurg... so tetiap pagi aku kena gerak kul 645 pagi... hahaha... loceng bunyik 7.30. kalo lbt memanjang... efek pd imej diri... dh duk dlm kem kemando... kena la jaga disiplin.... huhu
so... all the best tuk diri aku...
Read more...
December 28, 2008
Agro...
teringat time kpli dulu... opsyen kh, blajo psl pertanian... nk ajor budak x byk... tp blajo sumer... hidorponik, fertigasi, bancuh baja, buat markot(tut), tanam sayur, wat batas, jaga hamster... fuh byk bende beb... tp aku bersyukur... setidaknyer... benda ni sumer susah nk dpt beb kt luar... nk blajo kene byr, ken attend kursus...
satu bende yg best... tomato yg kitorg tanam... petik jer kt pokok terus masuk mulut.. fuh.. fresh giler.. racun xder...
yg nie time kitorg tgh ubah tomato dr tapak semaian ke pasu fertigasi. dlm pasu tu bubuh sabut dgn tanah. kitorg sendiri yg gaul. besi tiang tu pun kitorg yg bengkokan sendiri... pakai tgn jer beb... tp 3-4 org ler... huhu... pastu amik plastik, sungkup atas palang paip GI tue... tomato ktorg gantung kt tepi.
yg nie time tgh pasang plastik sungkup tue. penat beb... apa yg penting....??? kerjasama... huhu... sama-sama tarik.
biler tgk pokok dh berbunga.. fuh riang dlm hati... lawa beb...
time dia buah... geram jer tgk.... time tu petik jer... gosok kt baju.. terus ngap... yg jual kt pasar suemr dh lembik... yg ni crunchy lagi... sedap beb..
yg tu part tanam tomato... tanam sayur pun sama gak... bayam, kangkung, pak choy, taugeh pun ada... taugeh nie sebenarnya bukan dr kacang hijau, dia ada sejenis kacang spesel, warna hitam. aku pun dh lupa nama dia.. ahaks..
tp x abis kt sini jer... blk umah... aku praktikkan ler apa yg ada... huhu.. skang ni tgh semai cili, bayam dgn kailan... last aku tanam kangkung jadik, tp kurus2. psl tanah kut...
so, aku bersyukur ler... walaupun xder dlm silibus sekolah rendah, setidaknya aku dh diexposekan dgn benda2 camnie... kt ipg lain aku xtau ler ada wat ker tak benda yg sama... walaupun jauh dr umah, kt jb nun.. at least ada something yg worth...
adios...
Read more...
December 27, 2008
Terima Kasih Cikgu
____________________________________________________
“ Piaappp… Piaappp… Piaappp…” tiga sebatan aku terima pagi itu sebagai hadiah kerana membocorkan tayar Cikgu Osman, guru kelas aku. Dalam pada itu aku cuba untuk tersenyum kelat. Walaupun sakit, aku tidak akan menunjukkan rasa sakit tersebut di hadapan Cikgu Samad, guru disiplin sekolah aku. Kalau aku tunjukkan sakit, maka itu akan menunjukkan aku kalah. Aku lihat, wajah Cikgu Osman agak sugul. Adakah kerana tayar keretanya bocor atau sedih melihat aku di rotan, aku tidak peduli. Di sekolah, aku memang seorang murid yang nakal. Aku geram kerana Cikgu Osman sering menghukum aku di dalam kelas. Petang semalam aku nekad mengambil paku dan terus membocorkan tayar keretanya.
Perlahan-lahan Cikgu Osman menggamit aku dan membawa aku ke kantin setelah Cikgu Samad pergi dengan membawa ‘tongkat hikmat’nya. Aku cuba untuk memprotes tetapi aku tidak tahu bagaimana aku boleh membuka langkah dan terus mengikut dia terus ke kantin. Dia memesan air milo untukku.
“ Macam mana dia boleh tahu air milo kegemaranku ?, Ah, kebetulan agaknya ! ” bisik hatiku. Sesampai sahaja air milo, aku terus minum dengan cepat. Niat aku, untuk terus beredar setelah selesai minum.
“ Man, mengapa Man jadi begini. Cikgu kenal Man daripada darjah satu lagi. Dulu Man tidaklah nakal begini.” Ujar Cikgu Osman memecah kesunyian. Aku terhenti dari terus minum. Air masih berbaki sedikit lagi.
“ Cikgu tahu bapa Man telah meninggal dunia. Emak Man menoreh getah untuk menampung hidup sekeluarga. Adik-adik Man kecil lagi. Man tidak kasihankah pada emak Man, tiap-tiap pagi bangun awal, menoreh getah untuk mencari sesuap nasi. Cari makan untuk Man dan adik-adik ?” Ucap Cikgu Osman. Aku masih diam, membisu seribu bahasa.
Kemudian, Cikgu Osman menyambung lagi, “ Cikgu tahu, Man budak pandai. Cuba Man bayangkan, kalau ayah Man masih hidup dan dia lihat Man jadi begini. Agak-agak Man, bagaimana agaknya perasaan dia ? ”. Aku terus diam. Perlahan-lahan, air mata aku bergenang, tetapi aku cuba untuk menahan air mata aku daripada gugur. Aku tidak mahu nampak tewas di hadapan cikgu yang aku benci selama ini. Aku memang sayang pada ayah aku. Aku tidak sempat untuk bermanja lama dengan dia. Tuhan lebih sayangkan dia. Sekiranya sesiapa menyebut pasal ayahku, aku memang tidak dapat menahan sedih.
“ Man kan anak sulung. Menjadi harapan setiap keluarga untuk anak sulung mereka menjadi tunggak dan contoh untuk adik-adik yang lain ”. Aku terus senyap. Aku terbayang-bayang emak menyembah hampir 400 batang pokok getah setiap hari. Aku teringat pada adik-adikku di rumah yang bermain di parit setiap kali aku balik dari sekolah. Mak tidak tahu yang aku menjadi nakal di sekolah. Di rumah akulah yang paling baik. Macam mana agaknya perasaan mak, kalau dia tahu aku mejadi begini.
“ Man, periksa kan tahun ini ? ”, tanya Cikgu Osman. Aku menggangguk perlahan sebagai tanda respon setelah lama aku membisu.
“ Kalau Man ada masalah, cikgu akan tolong. Yuran periksa Man, cikgu bayarkan, anggap sahaja itu sebagai pertolongan cikgu yang kecil. Selepas sekolah, setiap hari cikgu akan bagi tuisyen pada Man, dengan syarat Man kena belajar bersungguh-sungguh, boleh ?” ujar Cikgu Osman lagi. Aku mengganguk perlahan. Aku terharu kerana cikgu yang aku benci selama ini rupa-rupanya cukup menyayangi aku, malah sanggup menolong aku. Aku memang tidak mampu untuk membayar yuran periksa. Pada aku, biarlah aku berhenti sekolah dan menolong ibuku sahaja. Kini aku tewas dengan Cikgu Osman. Aku tidak mampu menahan air mata lagi. Ia terus gugur ke bumi. Perlahan-lahan aku ucapkan, “ Terima kasih, cikgu. Saya minta maaf kerana menyusahkan cikgu selama ini. ”.Cikgu Osman mengangguk dan terus senyum kepadaku.
Mulai saat itu, aku telah berubah sikap daripada murid yang paling nakal kepada murid yang paling rajin. Semua cikgu disekolah terkejut dengan perubahan itu. Ada yang menyokong, tidak kurang juga yang memandang sinis. Aku tidak peduli semua itu, pengorbanan emak dan Cikgu Osman tidak akan aku persiakan. Sebagaimana yang telah aku janji, setiap petang selepas sekolah aku membuat kelas tambahan dengan Cikgu Osman. Aku memasang tekad untuk menebus segala pengorbanan cikgu dan emakku.
Setelah keputusan UPSR diumumkan, aku menjadi bahan bualan. Keputusanku merupakan yangterbaik di sekolah, malah di daerah aku juga. Ini semua berkat doa emak dan Cikgu Osman. Aku terus menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Pesan dan amanat Cikgu Osman aku terus pegang dan aku semat di dalam dada aku. Aku menjadi pelajar cemerlang PMR dan SPM. Aku terus menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Aku memasang tekad untuk membantu orang ramai seperti Cikgu Osman yang telah banyak membantuku.
“ Abah, mengapa abah menangis ?”, satu suara kecil memecah keheningan dan lamunan aku. Aku menoleh dan melihat anakku sedang tersenyum.
“ Jom kita balik, abah pun dah lama di sini ”, ajakku. Lalu aku pimpin tangan anakku, keluar dari kawasan tanah perkuburan. Aku tinggalkan kubur arwah Cikgu Osman, emak dan ayahku. Sebelum aku beredar, aku berpusing menghadap kawasan kubur mereka dan berkata,
“ Terima kasih, cikgu. Terima kasih, emak. Terima kasih ayah ”.
Cikgu Osman telah meninggal dunia kerana penyakit kanser. Aku tidak sempat untuk membantu dia. Ketika aku selesai pengajian dan berjaya menggenggam segulung ijazah kedoktoran, aku baru mendapat tahu yang Cikgu Osman telah pun di masukkan ke hospital. Aku cuba untuk membantunya tetapi aku telah terlambat. Penyakit kansernya sudah di peringkat akhir. Aku hanya sempat berjumpa dengannya dan berkata “ Cikgu, saya minta cikgu halalkan ilmu cikgu, dunia dan akhirat. Jasa dan pengorbanan cikgu tidak akan saya lupa sampai bila-bila.”. Cikgu Osman hanya mampu tersenyum dan mengganguk melihat aku. Seorangpun tidak menyangka, murid yang di label paling nakal di sekolah dulu, kini telah berjaya menjadi seorang doktor. Aku berjanji akan membantu orang ramai yang memerlukan khidmatku, sebagai ganti jasa Cikgu Osman kepadaku.
Read more...
Jalan-jalan makan nasi minyak
haha... mula2 kat dewan hang tuah. rakan seperjuangan masa kat uni dulu mendirikan rumahtangganya... dia dh bagi surat saman so, aku pun pegi ler... aku x expect nk jumpa sesaper pun... but bump to my old friend wiht his wife and kids. turn out to be that his wife is my wife's ex schoolmate di mrsm jasin... huhu... kecik betul dunia nie. dahler wife classmate aku time kpli also turn out to be my wife's ex schoolmate... haha.... what a world...
pegi plak ke second house... kt muar... ponek ler den carik umahnyer... mana lar... rupernyer kt map x explain clearly... huhu... nsb x lajak ke bt pahat... yg nie classmate aku lak... time kpli...
pastu shoot ke umah auntie aku kt bkt gambir.... suppose ada satu lagi umah ptg nie... member aku akikahkan anak dia... sorry epul x dpt dtg umah ko...
utk both pengantin baru... wish u all, all the best and layarilah alam yg baru ini dengan penuh kesabaran atas segala dugaan yg bakal datang...
adios....
Read more...
December 25, 2008
Apa ada pada melayu ?
org kata melayu ni baik hati, berbudi bahasa, sopan santun, hormat pada orang tua, tidak menyakitkan hati orang lain, malu dan banyak lagi...
cuba cek dgn diri kita sendiri... ada ke sifat-sifat tue... maybe ada sedikit... kalo ada alhamdulillah... tetapi... tengok di luar sana....
siapa yang bersidai di shopping mall... terkinja-kinja menari ala shuffle ( kononnya )... merempit... satu masa dulu kecoh dengan bohsia dan bohjan... ( nk tambah perisa boh tea )...
aku x kata diri aku ni baik n perfect... tetapi masih dalam proses penambahbaikan... org kata upgrade...
tetapi kadang2 aku terfikir adakah di sebabkan sifat2 ini maka org melayu sering tertindas... xper... dia baik... ala... dia sporting... xper dia xkisah... betul ker ???
org pakai singkat... dia pun nk pake singkat gak... ala fesen... biler di tenung lama, mula la duduk rasa panas... mula tarik kain yg mmg x cukup tue nk cover yg terdedah tue... nk gelak plak rasanya...
so pada saper tangungjawab nk didik yg kecik-kecik nie....??? pd diri kita sebagai pendidik, ibu bapa sebagai penjaga... & diri kita sebagai ahli masyarakat...
so.... apa ada pada melayu ???
KO FIKIR LA SENDIRI....
Read more...
December 23, 2008
Kembara Pantai Timur
petang tadi aku baru sampai umah aku... so telah melengkapkan turn 360 degree... kronologi nyer camnie... dari melaka - temerloh - kemaman - marang - kuala terengganu - kota bharu - rantau panjang - jeli - grik - lenggong - sabak bernam - melaka. kira dari jumaat sampai petang selasa aku telah me'nawaf' semenanjung malaysia dengan MBJ 4098... huhu... sejauh 1 700+ km. rekod baru utk aku... drive non stop... dasat beb...
so petang jumaat tu, kitorg gerak dulu ke umah abg ipar aku... kt temerloh... sempat gak layan tempoyak ikan patin... fuh... sedap beb... tengkiu utk abg n akak ipar aku... mmg layan...
sabtu pagi, aku gerak ke R&R temerloh... wait for my family kt sana... dah cukup korum.. kitorang gerak ke destinasai. stop jap kt gambang... makan lunch...
then perjalanan diteruskan. kitorg ikut LPT. fasa pertama dah siap.... fasa kedua dlm progress.kitorg kuar di exit kuantan... stop jap kt kemaman. adik aku cari satar... kawan ayah aku ckp kt sini yg paling best... nk tau ktner ? di mak nik bay... or dlm bahasa german... monica bay... fuh gempak nama beb... solat jap kt masjid kemaman... then trus ke marang...
all the way... yg aku notice d ganu nie, kalo umah yg cantik... cantik betul... kalo yg uzur... uzur giler... xtau ler kan salah siapa... yg aku pelik.. kalo kt luar negara... pekerjaan sebagai nelayan nie org kaya... sekali labuh kt port duit berkepuk-kepuk... riban-riban... tp kt sini nelayan kita dpt ciput jer... cian kan derang... so kalo harga ikan mahal tue... pejam mata jer la ek...
ok sambung balik... lalu bandar kerteh.. or petronas... aku notice ada mesra mall, and ada giant kt situ... dasat beb... org petronas shopping kt giant... tg kuarters dia pun lawa siot... satu yg untung bile drive sendiri nie... bley tgk pemandangan... kalo naik bas, konfom tido... tp kalo drive bley ker tido... tahan le mata tu bawak keta... huhu
kitorg stop jap kt kelulut... ngeteh jap... tgh duk ngeteh tue... sekumpulan kerbau lalu... dalam banyak2 tue... ader sekor yg pelik sket ghupernyer... mcm mat salih... putih siot... kerbau albino... huhu.... mak aku ckp tu kerbau balar... stop jap kt kedai kopok di kelulut... ayah aku ckp... kt sini mmg sedap keropok dia... so kalo korg jln ke ganu, n kcr kopok... cr d kelulut...
perjalanan di teruskan ke marang, destinasi bermalam... kitorg stay night d btpn(pspn) ganu. derang ader hostel, so ayah aku as staf jabatan btpn dpt ler gunakan kemudahan nie.
lepas lepak jap... kitorg kuar cr makan... solat maghrib kt masjid terapung... time tu air thg pasang... so npk ler masjid tu mcm terapung... lepas solt kitorg carik taman tamadun nk tgk masjid kristal... waktu malam agak kelam so masjid tue x bp nampak... ktorg cr port makan kt pantai batu buruk... bley terkena plak kedai yg suam-suam jer... aku minta nasi grg kerabu.. mcm nasi tawar jer... xder rasa langsung... adik aku tlg abiskan tuk aku... huhu... kitorg terus cabut p hostel... tido
pepagi kuar cr tempat sarapan... cr nasi dagang... kt sini... pepagi derang mkn nasi dagang, kopok losong... nasi lemak n roti canai, jarang jumpa. kt kedai ni plak... spesel... dia letak atas daun pisang... style beb...
kitorg meneruskan agenda ke pasar payang... watper ??? shopping ler.... aku dpt sehelai baju batik... jadik ler tmbah collection... borong kopok sira 2 beg plastik besar... ader 60 beg kecik ... huhu...
next ke taman tamadun lak... siang ni npk sket... mmg ok la... sumer monumen masjid terkenal di dunia ada disini... termasuk kubah syakirin... yg ada kt baitul maqdis. ramai org salah faham, kubah tu baitul maqdis... silap sebenarnya... ia sebahagian jer... baitul maqdis tu besar kawasanya... ader byk ler gak masjid... satu yg menarik ialah masjid di iraq... ader satu menara yang tinggi... menurut tour guide tue... nk naik ke menara lebih kurg 10km. derang pake keldai or kuda naik ke menara tu utk laung azan... so bygkan ler... at least 10 min b4 kena standby dah daki menara tue well, outlook masjid kristal tue bley tahan le gak...
on the way kitorg lalu bwh jambatan, uniknya... derang leh wat kedai bwh jambatan. adik aku spt snap... dast tul... kitorg terus ke kelantan... on the way sgh ke umah aku masa kecik-kecik dulu cabang tiga, jerteh. pengasuh akupun masih ada lagi... masa aku umur 40 hari hingga 2 tahun, kt sini la aku membesar. sgh umah tok sedara aku jap... and trus ker PCB. member ayah aku dh book chalet di pantai bachok... sampai2 jer scary beb tpt tue... xjadi amik... kuar balik trus p kota bharu
agak havoc le gak banda newcastle waktu mlm nie. yg paling hidup.. of course le KB mall. the only mall yg ada d sana... huhu... lepas makan kitorang pusing kt PCB, pantai cahaya bulan cr chalet... dpt ler bilik... tp yg sedey nyer... dlm bilik air dia tampung air pakai bekas tong sampah jer... of course dh x cukup 2 kolah... tawakal jer la.. atleast pasang le shower... derang ni pk untung jer... aduyai....
pg ingat nk bfast ngadap laut kt PCB... gerai yg ada jual nuget jer... adus potong stim btul... on the way balik ke chalet.. selisih dgn satu gerai 'comel'. pergh... meriah beb... nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak satay dgn nasi impit pun ada... layannnn....
siap packing... shoot trus ker pasar siti khadijah... cr beras siam, mentua aku kirim... wife aku sambar kain 2 helai, aku tbh dgn serunding daging sket... beras nasi dagang sket... jadik ler... abis show... terus ker rantau panjang...
fuh... yg ni lagi best... umah kt kelantan ni lagi dasat.... atas sawah rumah besor-besor... cantik plak tue... pergh.. gempak btul... yg mcm istana pun ada. adik aku ckp... dlm 10 umah, 8-9 umah mesti ada tangki air besar kt atas... hmm... btul gak.... iklan bilboard kt sini pun sopan-sopan belaka. iklan nescafe, fafau pakai tudung beb... bley plak dia pakai tudung... elok jer...
sampai rantau panjang... agak padat dgn org ramai... yg aku plek, heran bin ajaib... setiap org yg dtg sini, mesti beli periuk belanga... nape ek... x same kut dgn yg jual kt kedai tepi umah agaknyer... huhu.. jgn mare.... aku sempat beli t-shirt selai... wife aku beli bunga...
kt sini kitorg wakenebeb.... ader sorg makcik tue jual buah kt kaki lima... aku tanya rega ciku... sekilo 6 rgt... ok.. aku ckp le sekilo.... dia pun genggam letak dlm plastik... dlm hati aku.. byknyer dia masukkan... sekali timbang 2 kilo beb... aku minta kurg... sekilo jer... dia punyer rayu.... anak tolong ler makcik amik 2 kilo... bley bg kawan, sedara ...etc.... huhu... xnak byk ckp... layan jer la....
dh puas shopping... kitorg gerak balik... ikut grik - jeli. jalan sket punyer scary... gaung sebelah dalam baikkkk nyer.... stop jp kt puncak titiwangsa... sejuk beb... walaupun cuaca panas... huhu then stop kt pulau banding jap... aktiviti biasa ler kan... amik2 gambar... trus balik ke umah opah aku kt lenggong... lepas solt... trus cabut... kul 11 lbey sampai sabak... aku trus ke umah mentua aku... dekat jer... dlm 20 minit dr umah parent aku... huhu...
alhamdulillah, ptg td baru sampai melaka... biler wat refleksi balik... hehe mentang-mentang ler br abis kursus... refleksi jer... semakin jauh berjalan, luas pandangan d fikiran... lain rsnyer... biler jadi penumpang n driver... 5 hari beb drive... congrats tuk diri aku... rekod baru...
aku pun dh pnt naip nie... sampai ketemu lagi... aku nk tido...
Read more...
December 17, 2008
Hala Tuju Murid Kini... Dilema Cikgu....
kesan secara langsung bile dia masuk kelas nanti, dia akan berfikir, aku dh advance lagi dr cikgu... watper aku dtg sekolah dgr cikgu ni membebel... kalo gitu ler gamaknyer fikiran derang.. hancus aku sebagai cikgu... walaupun aku ada bagi tusyen... seboleh mungkin aku cuba supaya tidak advance dr yg cikgu derang ajar...
sistem pendidikan kita mementingkan keputusan, bukannya pembinaan insan... itu yg agak kurg sekarang... nk exam sumer A, kalo x prestasi cikgu tue lemah... x pandai ajar... sekolah ni x bagus kalo kurang dpt A... saper yg bentuk jadi camnie... masyarakat sekeliling...
pusat tusyen dh jd mcm pusat jagaan kanak-kanak... kt sekolah sudah abis masa selama 6-7 jam... tusyen lak 2 jam. masa tido 8 jam... masa main 1 jam... so sumer dh 18 jam... ada balance 6 jam lagi... kalo yg sekolah agama waktu petang... dh abis 3 jam... tgl 3 jam masa yg berkualiti dgn ibu bapa... tu xkira yang parent keluar masa anak tgh tido... balik keje pun anak dh tido... tu sebab total di serah pada cikgu... BUT.. kalo ada silap sket... xnak ngaku salah sendiri. cikgu juga yg jadi mangsa...
so cikgu-cikgu yg ad kt luar sana... fikir-fikirlah... camner anda nk bentuk anak murid anda... silap sorang doktor... seorang pesakit mungkin mati... tetapi silap seorang cikgu... habis satu geenrasi....
Read more...
December 16, 2008
How secure it is our internet ???
Adakah anda pernah bertanya pd diri sendiri… awal kemunculan WWW, Wrld WIde Web or also known as INTERNET… bermacam-macam mitos yg kuar… jgn awt internet transaction.. nt akaun kene hijack… jgn bg personal detail online, berbahaya and much more… actually… kalo nk tk secure or not… perhatikan bebaik URL if https://… mean ader encryption and secure a bit drpd http://… shj.
sdg mensurfingkan diri… terjumpa plak satu artikel psl phorm… actually phorm ni satu company di UK yg membuat kajian atas perangai surfer internet… dia akan kaji based on history pd browser… xtau le camner kejenyer… tp dia akan inject kt browser soome sort of bug… yg akan feed company dgn input tentang behaviour surfer… tujuan dia ahnyalah untuk membuat iklan yg sesuai kepada si surfer nie… kalo dia byk surf pasl buku… ofcourse iklan buku akan dpt byk kt dia… if korg perasan or not.. kdgkala kita dpt email yg ntah apa-apa a.k.a spam… maybe one fo those… who knows
founder Internet pun membantah sebab pada dia itu hak dia. if dia nak history psl surfer nie, dia kena negotiate. also dia dh breech Data Protection act of 1998 (c29)
nk tau detail psl phorm tgk sini artikel 1 and this one definisi phorm
maybe a bit late… but better know than nothing…
happy surfing
Read more...